Tukar brake pada pada basikal merupakan salah satu benda yang amat mudah tapi kebanyakan pengayuh yang aku kenal lebih suka buat dikenal dan bayar sedikit servis charge. Konsep dia macam tukar tiub basikal juga. Kebanyakan tak reti dan lebih suka hantar ke kedai.
Aku suka buat yang basic2 ni sebab kedai basikal jauh dari rumah dan tak berbaloi utk repair benda2 biasa yang tak perlukan specific tools. Pertama skali adalah gambar brake anda. Macam aku, guna Shimano Deore je dan mostly Shimano different model konsep adalah sama.
Ini pula adalah tools yang aku guna dan brake padnya. Tools ni basic yang aku sentiasa bawa masa kayuh basikal.
Ayuh kita mulakan.
Ayuh kita mulakan.
Langkah 1 : loosen skru tu menggunakan allen key
Langkah 2 : luluskan besi di sebelah kanan sebelum tarik keluar ke kiri.
Langkah 3 : Tolak brake pad keluar dari housing
Langkah 4 : Pasang brake pad tu semula sebelum dimasukkan balik dalam housing.
Kemudian repeat semula Langkah 2 dengan memasukkan semula besi tu dan Langkah 1 untuk mengetatkan skru.Sedikit tips bagi mengetatkan skru tersebut adalah dengan menarik brake lever baru mengetatkan menggunakan allen key. Ini adalah untuk memastikan housing tersebut berada di kedudukan yang tengah2 apabila brake lever kembali dilepaskan.
Kalau tak ada kat tengah2 nanti brake pad tu akan bergesel pada salah salah sisi brake disc. Kalau jadi macam tu basikal pun tak leh nak rolling laju, kene push lebih untuk rolling dan seterusnya ada bunyi yang tak menyenangkan bila bergesel semasa mengayuh. Bunyi amat annoying. Haha.
Kepada yang tak pernah mencuba bleh try tukar sendiri menggunakan step by step ni which bagi aku one of the basic things dalam bike maintenance.
No comments:
Post a Comment