17.11.19

Book 20 of 2019 : Masih Adakah Ketuanan Melayu

Buku ini merupakan penulisan penulis yang dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia. Penulisan ini adalah dalam tahun 2010 yang keseluruhannya menceritakan senario politik semasa di mana di mana penulis amat membenci parti DAP, MCA dan negara Singapura.

Ia banyak menceritakan bagaimana parti politik ini cuba menggugat dan mengikis kuasa parti politik Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

Penulis ini bagi aku lebih Melayu dari orang Melayu walaupun dia merupakan Cina Muslim. Setiap bait ayat ditulis dengan emosi yang mendesak Melayu supaya berhenti dari dipijak bangsa lain. Jangan terlalu mudah memberi dan mengalah hingga hak sedia ada tergadai.

Jika anda menyokong UMNO inilah buku yang sepatutnya dibaca. Ia membuatkan anda berkobar- kobar memperjuangkan parti dan memperjuangkan nasib orang Melayu. 

Sepanjang aku baca ni aku terbayang penulis terjerit- jerit hingga tegang urat leher untuk menyampaikan setiap hujah. 

Haha. 




No comments: