Bila kau ada orang yang sekepala dengan kau semua jadi lebih exicting. Disebabkan keseronokan touring tahun lepas, kali ni touring kembali lagi dengan lokasi yang berbeza. Kali ni anjuran BiSoRe MADAH JPN Putrajaya mengayuh dari JPN Klang ke Sekinchan dan keesokannya patah balik semula. Terima kasih kepada penganjur dan kesudian untuk mengajak saya join sekali lagi. Kayuh ramai-ramai ni seronok sebab ada pelbagai cerita.
Disebabkan kes C-19 semakin meningkat, semua yang join in wajib buat self test awal pagi tu. Bila keputusan negatif baru hati senang nak berkayuh jauh. Awal pagi masih berkumpul di JPN Putrajaya dan seterusnya beramai-ramai ke Klang tuk mulakan kayuhan. Ada 1 kete untuk basikal dan 1 lagi kete untuk bw orang. Total rider kali ni 10 orang.
Timing lari sket awal pagi, biasa la nak kene memerut la nak setup basikal lagi dll.Bila siap siaga terus bergambar dan gerak. Perancangan nak gerak awal sebab nak elakkan dari panas disebabkan laluan yang dipilih menyusuri jalan tepi laut. Permulaan awal di bandar Klang ni tak boleh nak laju sebab kete banyak, anjing banyak dan banyak laluan ada pembinaan jadi slow and steady. Lagipun tak sarapan lagi.
Di pekan Kapar cuba tengok2 apa kedai yang ada tapi tak jumpa terus ke depan sket dan terjumpa kedai sarapan di Kg Sungai Serdang, Kapar. Singgah sarapan dan amat padu menu dia. Order air tak sampai 10 minit dah sampai. Bila dah kenyang baru la sedap nak kayuh melawan arus angin.
Kayuhan diteruskan, pada time ni walaupun dah bertenaga hasil sarapan champion, kayuhan jadi azab sebab matahari dah naik dan sepanjang laluan kau melawan arus angin. Laluan yang flat pun sebenarnya amat menyeksakan kerana kau kene kayuh sepanjang masa. Jika ada bukit sket turun naik, time naik kayuh time turun boleh rileks sket. Laluan flat, all the time kayuh kalau tak, memang tak bergerak.
Cabaran sepanjang laluan mostly nak elak lubang-lubang yang amat banyak di sebelah kiri dengan kenderaan pun amat banyak. Syukur la semua berjaya navigate laluan dengan mudah. Cuma sekali je kene berhenti ada member tayar pancit masuk dawai halus.
Disebabkan sampai agak awal, semua decide nak terus ke Pantai Redang untuk bergambar. Lagi pun tak boleh nak check in lagi. Jadi perjalan hari petama lajak sedikit ke depan dalam 5km. Menarik juga Pantai Redang ni, tak cuba tak tau. Ada port bergambar dan port rehat.
Lepas semua setel, misi nak cari lunch plak.Singgah di satu kedai betul2 tepi simpang nak masuk ke homestay. Rezeki kedai tu, habis semua makan dihabiskan oleh kita semua.
Lepas semua setel, misi nak cari lunch plak.Singgah di satu kedai betul2 tepi simpang nak masuk ke homestay. Rezeki kedai tu, habis semua makan dihabiskan oleh kita semua.
Dalam jam 2 terus ke homestay dan 5 minit sampai.Misi utama nak mandi sebab badan panas tapi sebelum tu bergambar dulu sebab view di homestay amat superb berlatar belakangkan sawah padi.
Penginapan kali ni best juga, rumah besar byk bilik dan dapur luas. Bilik air byk setiap tempat kecuali dapur dan ruang makan ada aircond. Tq urusetia. Malam seperti sebelum ni ada aktiviti dapur aje buat BBQ dengan tema seafood.
Awal pagi keesokkanya pula hujan turun dan hanya berhenti dalam jam 7. Jadi nak mula awal pun malas sebab jalan masih basah. Rasanya dalam jam 8 juga tu bertolak dan sebelum gerak amik gambar dulu beramai-ramai dengan view yang superb. Awal pagi sejuk lagi disebabkan baru lepas hujan.
Malang sket time balik ni 3 kali berhenti disebabkan tayar pancit termasuk tayar basikal aku. One thing aku tak gemar dengan rim ztr aku jika pakai tiub, nak masukkan semula tayar tu susah. Berpeluh juga la nak masukkan semua dalam rim. Nasib baik la ada yang sudi bantu.
Disebabkan kedai sarapan kat Kapar semalam amat awesome jadi hari ni boleh plak repeat lagi skali. Dalam jam 11 gak sampai dan repeat menu sarapan. Semua ada kecuali 2 orang kayuh RB yang memecut jauh ke depan. Regroup balik dengan diorg di pekan Kapar.
Syukur sepanjang perjalanan balik, cuaca agak redup mungkin sebab hujan juga di awal pagi. Jadi amat melegakan kayuhan pada hari kedua ni. Bila sampai ke JPN Klang terus ke siap2 simpan barang nak balik. Sebelum balik amik gambar dulu depan pejabat. Belum tentu lagi ada peluang ke sana lagi, jadi perlu bergambar puas-puas.
Kekurangan touring kali ni satu je, bendera BiSoRe lupa bawak. Jadi bila bergambar walaupun view cantik rasa tak lengkap. Touring ni memberikan pelbagai cerita dan amat suit dengan lifestyle sekarang yang amat sibuk dengan kerja. Harap-harap diberikan peluang untuk berkayuh lagi di masa akan datang.
1.0 dah selesai dan 2.0 juga baru selesai, kita nantikan 3.0 pulak. Kali ni target 100km sehala. 2nd day barai pastu cari alasan nak naik kete. haha
TQ juga kepada top management yang sentiasa support aktiviti sukan di pejabat.
(p.s.: kalau sesiapa perasan 1st day ada 10 rider dan 2nd day ada 9 kan? cuba teka sapa yang takde dan kenapa?)
No comments:
Post a Comment