4.4.22

Covid-19 Finally Hits Home

2 minggu lepas akhirnya Ammar dijangkiti. Simptom datang tiba-tiba iaitu demam selepas mandi. As usual buat test dan terus +ve. Jadi terus dikuarantin. Aku syak dijangkiti masa bercuti di Kuala Terengganu 2 hari sebelum tu. Yang lain-lain tak bergejala walaupun turut bersama bercuti.

Jadi minggu lepas pula Aliff demam 2 hari, akhirnya +ve juga. Kali ni aku syak jangkitan berlaku di sekolah sebab ada kes budak yang juga +ve dari sana. Aku balik dari kerja terus test, confirm +ve. Disebabkan isteri aku menjaga dia dari hujung minggu kerana aku kerja luar kawasan, jadi aku syak isteri aku pun ada kemungkinan kena. 

Isteri aku ok sehari pada Aliff confirm +ve tetapi esoknya mula demam. 1st day demam test masih inconclusive sebab 2nd line agak kabur. On the 2nd day awal pagi buat test dah confirm +ve hasil test awal pagi. Pada hari yang sama, walaupun aku tidur berasingan dengan Aliff dan isteri bangun terus rasa sakit badan. 

Cuma tenangkan diri dan menjangkakan kepenatan dari kerja non stop. Bila fews hours lepas bangun masih rasa sakit badan, mula nak demam dan selsema, aku terus buat test. Hasilnya +ve juga.

Finally semua di rumah telah kena selepas berjaga-jaga lebih dari 2 tahun. Isteri dan aku dah 3 dos, Ammar 2 dos dan Aliff dalam proses ke 2nd dos. The only good side is since 3 kene hampir serentak, kuarantin habis pada tarikh yang sama. Ammar pula since baru sahaja baik, tak perlu kuarantin disebabkan masih ada natural immunity. All of us are spending the time together until this Friday.

Bring it On!


No comments: