Ini merupakan siaran tertunda. Aktiviti dah lama cuma kali ni teringat nak tulis.
S2 Trail ni masih baru, hujung tahun lepas aku check baru ada signboard dan bila aku datang semula pada Mac aku nampak dah ada laluan tapi masih dara. Nyamuk penuh dan semak masih tinggi. Laluan pun masih tak jelas. Lokasi adalah di belakang Rimbun Kasia atau Rimbun Harmoni. Aku pun tak sure tapi memang lokasi baru. Dalam google map setakat hari ni aku tak jumpa lagi. Cuma kalau kau dari Seremban guna jalan Lebuhraya Seremban-Bukit Nenas dan naik flyover kat S2 Heights. Di flyover tu bleh belok kanan utk ke arah pintu masuk trail ataupun bleh park kat area The Plazo S2 Heights dan lari ke arah sana.
So pada hujung tahun tu aku tak lalu pada laluan trail tu sebab laluan belum siap,sebaliknya naik terus ke bukit ni. Pada gambar kau bleh nampak laluan dia. Agak mencanak dan mencabar jantung sebab terus naik ke atas. Kena berhati-hati sebab kalau tersilap langkah memang berguling turun ke bawah.
Di atas puncak tu ada laluan ke belakang which kalau explore bleh turun ke kuari yg ada kat blkg bukit lagi satu. Cuma aku tak berani lalu walaupun ada paper trail gang hashers sebab aku sorang je masa tu. Maybe next time. But the view naik puncak tu memang superb.
Pada bulan Mac pula, aku try lagi skali dan walla trail dah boleh masuk. Cuma macam aku kata sebelum ni nyamuk penuh, semak tinggi. Signboard di pintu masuk pun dah menarik dan laluan masuk makin jelas. Cuma dalam trail singage ada sket je dengan beberapa tempat ada tali. Puncak yang sama akan sampai macam sebelum ni.
Di puncak ni ada tangki air yang dalam construction untuk kegunaan penduduk S2 Heights. Pada masa ni disebabkan ada laluan turun naik lori memang ada dirt road turun ke area rumah kongsi pembinaan perumahan di kawasan baru S2 Heights. Dari rumah mak mertua dapat la ngam2 5km naik dan turun trail ni. Not bad pada masa tu.
Aku berhajat nak pegi lagi dalam masa terdekat ni disebabkan aku yakin laluan mungkin lebih panjang dan lebih menarik untuk di explore.
Updated :
Utk S2 Trail part 2 klik sini.
Updated :
Utk S2 Trail part 2 klik sini.
No comments:
Post a Comment