Since post sebelum ni adalah pasal S2 Trail, aku berhajat nak lari sana balik dan tengok perkembangan terbaru trail tu. Apabila berpeluang balik Seremban minggu lepas dapat la berlari 2 hari berturut-turut.
Pada kali ini aku dapati S2 Trail ni macam dah tak terjaga.Signboard di laluan pintu masuk dah tak terjaga penuh semak samun dan laluan yang dibuat pun macam dah lama tak lalu.
BTW kepada sesiapa yang nak datang tu exact location terletak di belakang Rimbun Irama. Just lalu je tepi pagar tu dan akan jumpa laluan masuk . Bila kau masuk nanti kau akan keluar di atas sana.
Laluan dalam trail kelihatan macam dah lama tak lalu. Ada juga paper trail dari geng hashers dalam tu yang membawa ke laluan lain tapi disebabkan aku sorang je lari ni aku tak berani deviate dari course yang biasa disebabkan takut sesat. Laluan biasa amat straight forward disebabkan laluan hanya naik ke atas sahaja tanpa perlu belok kiri dan kanan.
Ini adalah view daripada arrow merah merah pada gambar sebelum ini. |
Since hari sebelum tu dari pagi hingga petang hujan so keadaan agak lecak dan most road yang tanah merah tanah melekat habis pada kasut. Satu area aku lari siap tercabut kasut melekat dalam tanah. Its a good experience untuk test full capability kasut tu sendiri. Tapi pasal kasut tu in a different post nanti.
Best part pasal lari ni adalah aku dapat lari kat area bawah ni. Aku rasa takde lagi kot yang lari area atas ni sebab laluan macam takde. Dulu rasanya digunakan oleh pekerja rumah kongsi untuk commute dari tempat tinggal ke tempat kerja.
Anyway, ini adalah gambar laluan yang aku guna sepanjang 2 hari ni.
No comments:
Post a Comment