Aku ambil buku ni sebab penulis dia sebenarnya. Fews years back aku pernah ternampak dalam Buletin Utama , penulis pernah ditemubual memberikan ulasan berkaitan perlembagaan. Di bawah nama dia ditulis "Pakar Perlembagaan Malaysia". Itu dulu la masa jadi pensyarah UIA.Sekarang dah jadi ahli politik dan ada kerusi dalam DUN di negeri Perak.
Since tulisan ni agak berat aku ambil masa juga nak habiskan. Almost 3 minggu juga siap minta extension kat Library ofis ni. Ia mengupas secara dalam mengenai apa itu perlembagaan Malaysia dan bagaimana ia digubal. Ia turut menyatakan bahawa perlembagaan ini mempunyai persamaan denan British kerana kita pernah dijajah British dan ia dijadikan sumber rujukan.
Walaubagaimanapun, ia tetap digubal mengikut norma-norma masyarakat Malaysia. Antara kupasan menarik pada aku adalah peranan Raja dalam Perlembagaan Malaysia. Adakah Raja ini hanya satu simbol atau memainkan peranan besar dalam mencorakkan hala tuju negara.
Selain daripada itu kebanyakan isi mengulas peranan yang dimainkan daripada parti politik, kerajaan memerintah dalam mencorakkan pemahaman orang dalam Perlembagaan itu sendiri.
Selain daripada itu kebanyakan isi mengulas peranan yang dimainkan daripada parti politik, kerajaan memerintah dalam mencorakkan pemahaman orang dalam Perlembagaan itu sendiri.
Ia turut memberikan pandangan sendiri terhadap krisis-krisis perlembagaan yang berlaku seperti pemecatan Hakim, kuasa Raja-raja dan lain-lain.
Cuma tak berapa best ada beberapa helaian di tengah yang takde tulisan. Tak sure kene sensored atau kesilapan dalam percetakan. Ia memainkan peranan besar sebab yang hilang adalah isi utama dalam satu-satu bab itu.
Find this book and read it.
No comments:
Post a Comment