11.12.19

Bukit Besi : Edisi Sesat

Benda yang paling menyeramkan boleh berlaku semasa dalam trail adalah sesat. Itu yang terjadi pada aku pada ahad lepas. Pada asalnya nak naik Bukit Besi sebelah pagi, since aku bangun lewat sket dan anak pun dah bangun masa tu jadi terpaksa ubah ke petang. Mula sebelum jam 6 pada masa tu dengan adik aku. Keadaan macam nak hujan gelap. Time aku naik  ramai dah yang turun mungkin sebab nak hujan. Mula laluan biasa dan kemudian aku amik laluan baru sebelah kanan. Usually aku akan pegi ke arah kiri menghala batu besar yang ada view Cheras, cuma kali ni aku belok ke kanan sebab nampak ada binaan baru hari tu, so belok ke sana. 


View di sana amat cantik nampak whole KL. dari situ mula turun hingga ke laluan punca air yang ada air terjun. Amik gambar dan terus naik ke atas. route ni aku agak biasa sebab akan continue naik hingga jumpa campsite.

Sampai atas takde campsite dan laluan terpisah dua kiri dan kanan, refer map kanan naik ke pencawang so aku ambil kiri. Next ke depan ada simpang lagi dan di sini aku pilih kanan tanpa rujuk map. Di sini mula kesilapan utama aku, aku terus je laluan ni sebab ia menurun dan dalam otak aku bila menurun menuju ke laluan biasa yang ada batu. 
Bila menurun tu aku nampak laluan tak familiar sangat dan tiba2 bunyi deru air. Tak lama tu aku nampak kawasan air turun. Di sini kesilapan kedua aku di mana aku assume air ni adalah sama dengan air yang aku jumpa 1st time tu. Aku cuba turun ikut tepi laluan air tu dengan harapan jumpa trail keluar tapi tiada. So aku naik balik atas dan nampak satu kawasan lapang yang ada tangga besi. Tangga tu ada laluan turun yang menghala ke belakang rumah di taman perumahan dan laluan naik atas. Since xde jalan laluan turun aku naik atas.

Kesilapan ketiga mula sini, kat atas laluan dah tak berapa jelas tapi aku masih yakin ni laluan betul. Aku rasa betul sebab aku nampak batu-batu besar. Di laluan biasa batu-batu besar tu tanda dah menghala turun. So aku assume di situ laluan turun. Cuma bila lalu xde laluan menurun dan hanya menaik.
Time tu dah sedikit gelap dan menuju maghrib, out of desperation aku cuba cari jalan turun depan dengan adik aku stay untuk membolehkan aku patah balik kalau xde jalan. Jadi aku meredah semak yang ada sampai terjatuh dalam lubang yang agak dalam. Seram masa tu sebab habis hilang tak nampak apa dan bergantung pada suara adik aku je. So pusing2 aku dalam semak cari jalan keluar  dan adik aku turun skali masa tu.
Kemudian azan maghrib berkumandang, aku dah mula panik pada masa tu. Hari semakin gelap. Aku berdua sesat di tempat ntah mana dengan tiada air dan lampu. So pada masa tu aku decide dengan adik aku jalan terbaik adalah keluar semula ikut laluan tadi dan cuba patah balik . Jika gelap guna lampu pada handphone. So slow2 aku keluar dari semak tebal dan kembali ke batu besar aku jumpa tu. Di situ aku kembali ke tangga besi tadi.
Aku decide dengan adik aku untuk terus turun ikut tangga besi sebab dah gelap dan possibility tinggi sesat lagi dalam kegelapan walaupun ada lampu handphone. Dengan keadaan penat, xde air nanti lagi susah nak buat judgement lebih-lebih lagi ada sedikit panik.

last tree line atas tu aku menjeri berdua minta diselamatkan

Dari tangga tu aku berdua menjerit minta tolong dengan jiran taman perumahan tu tadi dengan harapan ada yang dengar. Dekat 15 minit baru ada yang menjenguk. Mula-mula diorg kurang percaya mungkin sebab risau pencuri dll. Cuma bila dah dipujuk, perkenalkan diri bantulah mereka sudi bantu.Ambil masa juga cuma pada masa tu aku rasa jalan terbaik minta tolong diorg.
Alhamdulillah, diorg bawa aku ms ke halaman rumah dan keluar melalui gate diorg. Amat berterima kasih kepada James yang sudi bantu. Aku pun tak tau la apa nasib jika dia tak tengok belakang rumah dia pada masa tu. Mungkin kene call bomba, polis, jpam buat SAR.
Its a very scary and humbling experience sesat ni. Tak pernah lagi aku sesat dalam hutan. Usually aku rely on my personal skills untuk cari jalan but that day the panic get the best of me. Aku rasa dalam hati aku yang panik menyebabkan aku amat risau tak dapat keluar.
Dua pengajaran utama pada kali ni. never assume something, always check. Itu yang terjadi pada aku pada masa tu. assume tu laluan betul tanpa semak dengan map. Kedua jangan panik dan always keep calm. Bila tenang kita mampu berfikir dengan rasional dan decide dengan betul.
Syukur pada masa tu adik aku ada sama, kalau takde mungkin tak tau apa nasib aku. Di kala aku panik tu dia bagi cadangan yang membuatkan aku berjaya fikir rasional dan cari jalan keluar.
Fuhh, close call. Kita rehat dulu dari ke Bukit Besi hingga hilang trauma.



Dalam bulatan biru adalah di mana aku amik kanan yang namnpak view KL . Bulatan hitam di mana aku salah jalan bila amik kanan instead of kiri. Bulatan kuning pula merupakan tempat aku berpusing-pusing sesat mencari jalan keluar dan bulatan coklat di mana ada tangga besi turun ke arah blkg taman perumahan tu di mana aku keluar.

No comments: