Kisah yang terbuku sejak kejadian di Chow Kit pada 30 tahun lepas. Dulu katanya ada kaitan dengan kesultanan Johor hingga menyebabkan pindaan kepada perlembagaan dalam mengehadkan kuasa Agong.
Cuma aku terfikir kenapa sekarang, kenapa tak pernah dikeluarkan dahulu. Mungkin dulu tiada yang berminat. Sekarang ada yang berminat nak tulis sejak pengakuan datang dari mulut Prebet Adam itu sendiri.
Kisah sebenar adalah ia disebabkan oleh Fugue Syndrome yang menyebabkan beliau lupa akan apa yang berlaku dan setiap tingkah laku kerana dicetuskan oleh aturan trauma demi trauma sejak kecil hingga dewasa.
Turut disertakan pengakuan dari Doktor Psikiatri yang merawat dan Peguam yang membela.
Anda nilai sendiri jika ini kisah yang betul atau anda ingin percaya versi yang telah kita sentiasa dengar dan baca sejak 30 tahun dahulu.
No comments:
Post a Comment