27.4.23

Nike Winflo 9 Shield : Review Yang Orang Tak Kisah

Reason utama beli kasut bagi 2023 ni adalah : last beli kasut 2021.

Reason kedua adalah : Kasut dibeli pada 2021 mencecah 700km.

Seperti mana post2 pasal kasut sebelum ni, aku ni memang cheapskate dan beli kasut time sale aje. So seperti biasa mode utama adalah shoppee dan lazada. Terjumpa special Nike sale di Lazada awal bulan 3. 

Last aku pakai kasut brand Nike ni tahun 2012 aku rasa, Nike Air Zoom. Time tu saiz kaki pun 9 US. Menuju 11 tahun kehadapan, saiz kaki pun dah naik jadi 10 US. The problem dgn Nike ni untuk saiz kaki aku adalah kene half size up. Sama juga dengan kasut ni aku rasa.

Actually sebelum beli, aku dah try pakai di kedai dulu dan rasa 10 US tu ngam, cuma bila dah beli dan pakai time lari rasa nyesal sket tak amik half size up. Sebab lepas 3-4 km bila kaki dah mula mengembang rasa ketat sket di jari paling hujung. 



Untuk model ni aku beli jenis Shield sebab lebih murah dari biasa. Diskaun plus lain2 semua dapat dalam RM252. Kelebihan Shield ni katanya sesuai kalau hujan / basah sebab water repellant. Setakat ni tak pernah guna time baru lepas hujan atau time hujan.

Review lepas 60 KM dan sebulan pakai kasut ni aku rasa biasa aje. Tiada yang extra ordinary. Dia lebih kepada mid level kasut lari. Takde la responsive sangat sampai melonjakkan ke depan.
Kasut ni sesuai utk orang yang macam aku juga iaitu orang yang pakai 1 jenis kasut untuk semua jenis lari. Takde kasut khas utk long run, speed la apa la dan lain-lain.

Kasut ni get the job done dari point A ke B. Paling jauh lari setakat ni 7 km aje dan masih sedap la cushioning dia. Masih bagi comfort yang bersesuaian dan tak penat. Cuma bila dah pakai Skechers saban tahun ni dan banding dengan kasut ni rasa lain la.

Kasut ni aku kene buat heel lock sebab rasa mcm grip kat heel cup mcm kurang dan mcm bergerak time berlari. Jadi after heel lock jadi sedap sket. Cuma tali kasut dia memang mudah terbuka, bila ikat tu kene tarik ketat sket. kalau tak letih nak berhenti ikat tali kasut, lebih2 lagi time tengah mencungap penat.

Dari pembacaan sebelum beli, katanya ada zoom air unit. Aku pun tak tau rasanya macam mana. Mungkin tu yang bagi rasa plush pada kasut tu. Kelebihan pada kasut ni satu je untuk aku, dia bagi kau base training untuk depends untuk ability kau untuk berlari. So sedap untuk kuatkan kaki.

Tapak dia pun lain sket dari Winflo biasa, mungkin nak bagi grip sebab model Shield. Since tak pernah cuba time hujan atau lantai basah jadi tak dapat nak bagi komen sebenar.

Aku rasa untuk keselesaan lanjut, aku kene dapatkan stokin yang lebih nipis dari yang aku pakai sekarang bagi membolehkan long run 15km ke atas. Risau kalau ketat ni meningkatkan risiko blister. Ketat ni mungkin merujuk kepada aku sahaja, org lain mungkin rasa kasut ni true to size.

Since kasut ni aku tak rasa boleh bawa ke long run sebab sedikit ketat, aku pun beli kasut lain cuma tu dalam review yang lain pulak. 


Updated :

Finally petang semalam berjaya berlari dalam keadaan basah baru lepas hujan. Hasil dariapada larian memang air tak masuk langsung dalam kasut terutama bahagian belakang dan depan. Stokin kering.

Grip bila pijak jalan tar dan simen basah pun ok, rasa konfiden dan xde potensi slip.

Selain daripada itu juga aku terjumpa stokin yang agak nipis dlm laci. Hasil dari cubaan 5km nampak rasa lega sket dalam kasut pabila memakai stokin nipis. Jadi pakai stokin nipis tak perlu nak half size up.



No comments: