28.4.23

Putrajaya - KTM Rembau- Putrajaya


Ini merupakan projek yang tertangguh sejak PKP 2020. Tertangguh sebab masa dibolehkan kayuh masa PKP tu dah kayuh dari rumah ke Pedas baru sedar rupanya train dari KTM Rembau ke arah sentral dikurangkan. Jadi masa tu terpaksa patah balik dan naik di KTM Sg Gadut.


So kali ni try la racun kawan - kawan JPN pula cuma untuk mengelakkan kejadian sama berulang, berkali2 semak jadual dan call infoline untuk memastikan train masih ada. Tarikh di pilih 19.3.2023 iaitu hari terakhir cuti sekolah dan masa bermula 4.30 pagi.


Misi personal aku kali ni adalah memastikan berjaya habis selepas kejadian 3x berturut- turut tak finish bermula dari Audax Gravel Permanent, Touring 5.0 : Cameron Highlands dan Mahkota Hills- BSP Ride. Latihan macam biasa ala kadar sahaja sebab masa tak mengizinkan. 

Kayuhan kali ini seramai 10 orang sahaja dengan 8 orang mula dulu sebab slow dan 2 lagi yang laju mula sejam lewat sebab diorg power yakmat. Route yang dipilih tak terlalu berbukit bagi mengelakkan krem dan keletihan bila matahari mula naik.

4.40 pagi tajam kayuhan bermula dari JPN menuju ke destinasi dengan 2-3 pit stop untuk solat, refill dan sarapan. Berdekatan Salak Tinggi perut meragam tanpa simpati, syukur sempat ke tandas sebelum kejadian tak diingini berlaku. Terpaksa juga bawa basikal dalam toilet sebab risau kene curik. Sebelum jam 6 semua decide nak berhenti awal sket di Kg Bukit Kadir, Nilai untuk solat subuh. Bergilir-gilir sebab nak elak basikal hilang. 



Tak berhenti lama bagi mengelakkan pembaziran masa. Kalau miss train naya woo. Takkan nak kayuh patah balik.Sebelum jam 7 sampai di Labu dan sarapan. Makan ala kadar je sebab takut perut meragam.


2 orang yang power tu regroup balik masa tengah sarapan ni. Kemudian semua kembali berkayuh dalam 7.30 pagi. Cuma matahari dah mula naik dan panas dah terasa. Dari Labu akan masuk Seremban sebelum ke Senawang dan Pedas. Di Seremban ada beberapa flyover tinggi yang terpaksa redah dan mengazabkan kerana matahari dah naik.

Kali ni aku selang seli juga makan himalaya salt dan banyakkan minum air sebab nak elak krem. Dulu tu aku syak slalu krem sebab xde hidration plan. Terlalu nak berjimat air sampai kurang minum. Semua regroup balik dia Petronas Jalan Tampin- Senawang untuk refill air dan ke tandas. Walaupun pada meter suhu baru 30 C, tapi bahangnya terasa betul.


Dari situ misi utama memastikan semua selamat sampai sebelum jam 11 bagi memastikan ada ample time utk lepak- lepak bergambar sebelum naik train yang akan sampai 11.44 pagi. Sepanjang jalan Tampin - Pedas tu laluan agak sempit jadi perlu berhati-hati kerana kereta dah banyak. Laluan pun agak berbukit jadi kene santai2 je sebab dah dekat dan nak elak krem.



Masa dah sampai Pedas, dah lega sket sebab lagi 5km aje berbaki cuma di area Chembong tu berbukit juga. Akhirnya dalam 10.30 pagi sampai juga di Rembau. Wajib berhenti untuk ambil gambar di tempat ikonik. Ada pulak pejabat JPN kat situ, jadi wajib singgah bergambar. 
Seterusnya lepak2 sambil minum air kelapa.




Perancangan diteruskan dengan naik train dari KTM Rembau ke KTM UKM. Di situ meneruskan kayuhan di bawah panas terik menuju JPN Putrajaya. Ubah laluan dalam minit masa bincang dalam train untuk dapatkan laluan yang terpaling sikit bukit. Ada satu masa tu suhu mencecah 44 C di meter. Macam udang kene bakar, walaupun dah tutup hampir kesemua muka panasnya tak terkata.




Dalam jam 2 akhirnya semua ke 8-8 yang mula sama sampai kembalik ke JPN Putrajaya. Lagi 2 yang mula lewat pada sebelum ni, turun di stesen KTM yang berlainan bagi meneruskan kayuhan balik ke rumah.




Syukur akhirnya kayuhan panjang untuk kali keempat ini sampai juga ke penamat selepas 3x berturut- turut gagal. Terima kasih kepada kawan-kawan di JPN yang sudi turut sama, sapa sangka 2 minggu selepas tu bertukar pula ke pejabat lain. Kayuhan penutup sebelum buka sekolah menjadi kayuhan farewell dgn kawan- kawan JPN.





Terima kasih semua yang sudi berkayuh pada touring edisi 6.0. Harap2 jika JPN buat lagi sudi2 la memanjangkan jemputan ke rakan strategik bangunan sebelah.




No comments: