18.9.21

Skechers GoRun MaxRoad 4+ : Review yang Orang Tak Kisah

Aku baru perasaan kerap juga aku beli kasut tahun ni. Haha. So termasuk ni merupakan pembelian ketiga dalam tahun ni. Awal tahun hari tu ada beli Skechers GoRun Ride 8. Amat selesa dan sentiasa aku pakai time lari sebab aku bukan jenis ada 2-3 pasang kasut dan guna untuk long run, tempo, short run dan sebagainya.

1st reason yang buat aku tergerak nak beli kasut adalah tapak pada GRR8 aku ada yang dah tercabut. Sejak Skechers collaborate dengan Goodyear bagi aku ketahanan pada tapak ni tinggi. 400km pun tak nampak haus lagi tapak. The problem pada kasut aku pada belah kiri ada tapak yang dah tercabut. Sebab pada masa tu PKP, kedai repair kasut pun tak buka. Aku hanya beli gam kasut dan cuba gam tapak yang tercabut tu sendiri. DIY yang berjaya tapi sementara. Tahan dalam 30km aje dan kemudian tapak tercabut semula. Mungkin juga lepas gam tu aku guna lepas hujan jadi tapak kembali tercabut.

2nd reason adalah aku paksa diri lari ni disebabkan team ofis aku masuk event RunLiga yang mula dari 17 Ogos hingga 16 September. Dalam 2-3 hari pertama mula event tu aku tak lari sebab tiba sakit lutut. Could be sebab terlebih lari dengan membawa beban yang berat. Haha. Dengan kasut yang ada tercabut tapak aku pun beli kasut lain with extra cushioning untuk bawa badan yang berat ni dan kurangkan beban pada lutut. 

So bila ternampak di Shoppee dengan harga murah terus sambar dan sampai dalam masa 4 hari. So atas dasar semangat membara sebab kasut baru sampai lepas amik gambar terus berlari. 1st run aku pulun 10km.

As of today kasut tu dah aku lari sebanyak 130km dan aku boleh kata kasut ni best. Dia memberikan apa yang aku nak iaitu cushioning yang extra tapi tak terlalu banyak hingga rasa kasut tu tinggi atau tebal macam Hoka. Sepanjang lari memang tak terasa sakit lutut. Longest distance adalah 19.57km yang aku buat pada 31.8 hari tu. Sakit lutut hanya ada time dah habis lari dan bukak kasut. Haha.

Most kasut sekarang yang mahal dalam RM600 ke atas dah dilengkapi dengan carbon plate yang konon membantu tingkatkan Performance dalam larian. Ada sedikit kontroversi pada carbon plate ni samada legal atau illegal. So utk Skechers GoRun MaxRoad 4+ ni takde carbon plate tapi every step tu kau dapat rasa push dia untuk ke depan. Mungkin juga sebab kasut ni baru tapi lepas 130km aku masih rasa push tu setiap larian. Bagi aku ia mengurangkan kepenatan aku dalam berlari.

Tapak masih mengekalkan kolaborasi dengan Goodyear tapi bila banding kasut ni dengan GRR8, ruangan tapak yang bersentuhan dengan tanah tu tak banyak macam ada certain pod aje di getah Goodyear tu tak sebanyak pada GRR8

Kasut ni lebih kurang macam GRR8 gak kat part heel cup. Tak terlalu grip seperti mana yang aku suka. Kepada yang tak biasa mungkin kene ubah sket lacing naik lagi satu lubang extra untuk lebih grip.

Kasut ni walaupun cushioning dia extra banding biasa, tapi bagi aku rasa amat ringan dan kadang-kadang rasa lagi ringan dari GRR8. Aku tak timbang nak buat perbandingan tapi ni feel aku je masa lari.

Cuma ada 2 part yang aku kurang gemar. Pertama lidah dia. Walaupun lidah dia nipis tapi bagi aku yang tak best adalah bila kau masukkan kaki pasti lidah tu terpenyek sket masuk ke dalam. Dan kau kene tarik balik lidah tu ke atas untuk betulkan kedudukan dia. Kene buat ni setiap kali aku pakai kasut dan aku rasa amat annoying juga.

Kedua rasa panas pada kasut. Ada certain time aku lari aku rasa agak panas pada kasut. Maybe material dia atau maybe juga aku lari pada petang yang agak panas. Tapi dua tiga kali bila lari ada rasa panas tu. Ia tak la panas yang buatkan peluh pada kaki tapi ia beri rasa yang sedikit menjengkelkan.

Sebagai penutup bagi aku ini adalah kasut paling Best to date dari Skechers yang aku ada dan boleh aku gunakan utk apa juga jenis larian. Ia sebab menepati sebab utama aku beli adalah extra cushioning without being too much. Aku harap kasut ni tahan lama dalam 600km ke atas aku guna.


No comments: