2.7.22

Audax Gravel Permanent : 1st DNF

Sebenarnya aku amat berbolak balik nak menulis ni. Sebab utama Audax ni bagi aku memberikan satu titik yang agak gelap juga sejak aku mula berbasikal dari penghujung tahun 2009. Aku ambil masa yang lama juga nak menulis ni sebab aku belum yakin samada ada nak menulis atau nak biarkan sahaja ia berlalu. Audax Gravel ni merupakan event pertama aku kemalangan hingga menyebabkan aku Did Not Finish (DNF). Berat juga rasa DNF ni disamping menadah rasa sakit kemalangan lagi sehingga hari ni.


Aku register event ni on instinct sebenarnya. Bila nampak dia keluarkan iklan aku terus register. Sebab utama pada masa tu jadual kerja aku masih kosong, fee agak reasonable selepas pandemic ni dan distance kategori gravel yang aku pilih 98km agak doable. Walaupun kawan-kawan yang biasa berkayuh tak register event ni aku semangat juga nak masuk. 2 minggu sebelum event penuh juga jadual siang malam hingga hujung minggu menyebabkan mileage aku before event hanya 10km. Aku berjaya jumpa juga few mutual friends yang join Dan plan to tag along diorg utk sepanjang kayuhan.


Kepada yang tak pernah join Audax ni, event ni merupakan self supported di mana kau kene habiskan laluan ni berdasarkan gps mapping yang diorg dah buat. Gpx disediakan dan boleh masuk ke apps atau device masing-masing. Kau ada diberikan pasport yang kau kene hadir kat certain checkpoint dan collect stamp dan dianggap finisher jika berjaya collect all stamp dalam masa yang ditetapkan.


Pagi tu aku minta isteri hantar sebab plan selepas event nak kayuh terus balik rumah. Sampai awal sebelum flag off time jam 6. Aku solat subuh dulu walaupun dah timing flag off sebab malas nak berhenti cari tempat nak solat. Tunggu kawan-kawan lain dalam 5 minit dan terus bergerak sama. Laluan 98km ni meliputi 40% gravel dan 60% tarmac. 23km pertama hanya disajikan laluan tarmac dari starting point MesaMall Nilai hingga satu laluan somewhere di Labohan Dagang. Selepas tu  dalam 10km ada laluan gravel single trail menyusur ladang sawit. Habis Gravel masuk semula ke tarmac di Kampung Ulu Chuchoh menuju pekan Sungai Pelek. Di situ ada 1st CP di mana aku collect 1st stamp. Ada juga pisang disediakan jadi amik satu buat bekalan sebelum sambung.


Kemudian laluan akan menyusuri taman perumahan menuju jeti Sg Pelek di mana kau perlu naik bot melintasi Sungai Sepang. Bayaran bot RM1.20. Untung company boat tu hr ni penuh pengayuh naik pada hari kayuhan. Dari situ akan melalui bukit pelanduk di mana, kami semua decide untuk berhenti sarapan kerana tau depan tu dah takde tempat nak makan. Laluan di depan akan menyusuri estet India dan laluan gravel. Selepas well rest dan sarapan continues kayuhan. 


Pada time ni cuaca dah mula panas terik dan masuk ke 2nd part gravel.Tak panjang tapi agak mengelirukan. Laluan di sini agak confusing sebab jarak dengan pengayuh-pengayuh group lain agak jauh jadi tak boleh nak main ikut orang depan. Lagipun ada 2 kategori lain 200km gravel dan 200km road. Kalau salah folo orang boleh menyeksakan. Syukur juga time ni aku dah siap2 masukkan gpx dalam garmin edge jadi aku folo purely pada direction yang diberi. Berjaya elak 2 simpang yang menyesatkan laluan pada masa ni. Sebelum masuk ke 3rd part gravel, collect 2nd stamp sebelum masuk ke estet sawit. Di sini ada satu bukit yang amat tinggi dan menyeksakan di samping diseksa dengan panas terik mentari. Time ni aku dah sedikit keletihan dan mula tertinggal dengan kawan-kawan lain. Diorang masih tunggu aku di depan. 




Laluan gravel berakhir di simpang Ladang Bukit berdekatan Jimah di mana akan masuk semula ke pekan Sg Pelek untuk folo laluan yang hampir sama. Di sini aku dah mula ketinggalan lagi dengan kawan. Jarak pada masa ni dah 58km. Beberapa KM di depan aku berhenti di hentian bas sebab terlalu panas dan penat. Di depan berjaya regroup bila mereka berhenti di stesen minyak untuk refill. Aku juga guna peluang sama utk refill sebab aku dapat rasa azab juga nak habiskan lagi separuh ni. Somewhere dalam KM 70 terpisah lagi dengan diorg kerana diorg terlepas simpang dan laju di depan. Pada masa ni aku berdua je dengan sorang kawan. Laluan yang aku lalu ni akan keluar di tempat untuk mendapatkan stamp ke 3 di Anjung Spotter.




Pada tiba di Anjung Spotter ni, pada jam 11 lebih tengah hari dan ada lagi bagi 20km untuk setelkan dengan masa berbaki 2 jam. Kawan yang terus ke depan dan terlepas simpang tadi, walaupun tersalah jalan dah berada di depan. Aku pada masa ni berehat kejap di sini, makan pisang dan kurma dan teruskan. A few km selepas Anjung Spotter ni pada KM ke 81 kejadian itu berlaku. Aku tak dapat recall sepenuhnya apa yang berlaku. Tapi apa yang aku ingat adalah suddenly aku dah langgar belakang kereta semasa climbing. Immideately aku dah rasa mulut berdarah.


Bila aku cuba recall balik kejadian yang berlaku sepanjang aku cuti sakit tu, aku rasa kejadian yang berlaku adalah kereta tu berhenti agak mengejut di tepi jalan atas tujuan cari barang, half of the car masih atas tarmac di tepi jalan. Aku pada masa tu menunduk sebab climbing sebab cuaca amat terik dan yakin takde kenderaan. Atas sebab kelekaan ini aku langgar belakang kereta yang menyebabkan muka terhentak ke boot kereta. Bibir berdarah luar dalam, gigi chip, sakit pada lengan dan few scratch pada kaki.


Pada masa itu, Garmin edge aku dah bagi incident detection ke wife aku di rumah, tapi atas pening2 rupanya aku pegi padamkan. Aku terus call wife untuk minta ambil aku. A few riders berenti untuk tengok keadaan aku + pemilik kereta pun ada. Aku decide since aku pun dalam keadaan yang baik, basikal dalam keadaan baik serta cuaca panas baik aku kayuh cari tempat redup sementara tunggu wife datang. Few km di depan tu aku tau ada Petronas berdekatan litar F1. Aku kayuh dari tempat eksiden tu ke sana. Masa kayuh tu aku rasa yang aku boleh habiskan dan rasa rugi sangat kalau tak habiskan sebab hanya baki kurang 20km. 


Kerisauan timbul masa kayuh tu adalah ketika aku nak telan air liur rasa amat susah hingga menggigil2. Walaupun pada asal nak habiskan tapi since wife aku pun dah otw, aku decide aku akan DNF di Petronas tu. Aku risau kot2 la suddenly ada concussion, aku jatuh masuk longkang terus wife nak cari tak jumpa. Better safe than sorry. Masa menunggu ada sorang kawan yang ada belakang menunggu aku kejap di Petronas sebelum aku suruh dia teruskan kerana wife dah OTW. 


Bila isteri sampai aku terus ke hospital dan sepanjang laluan nampak ramai lagi pengayuh tengah habiskan kayuhan. Aku terus ke Emergency Department Aurelius Hospital Nilai.Terima kasih kpd insurance agent yang guide wife aku apa nak buat kalau kene admit. Aku spend few hours di ED sebelum dapat discharge. Doktor decide selepas xray, tengok keadaan injury dan assessment lain bahawa aku tak perlu nak warded dan boleh balik. MC dapat 5 hari. Mulut time tu dia punya sakit tak boleh nak describe. Nasib la painkiller yang dibekalkan amat membantu.


So that it. The story. Bagaimana aku mencapai 1st DNF. Terima kasih kepada kawan - kawan basikalis yang bertanya khabar especially yang berkayuh sama pada hari tu. Terima kasih kepada yang lain di pejabat, kawan-kawan yang mengetahui dan bertanya khabar. Aku sepanjang minggu MC tak angkat call sebab mulut sakit. Bercakap di rumah pun apabila amat perlu sahaja. Yang paling aku berterima kasih kepada isteri yang pada asalnya hanya perlu hantar aku pagi tu dan akhirnya terpaksa bersusah payah kene amik aku di Petronas dan uruskan aku di hospital. Dialah yang tunggu berjam-jam di hospital, balik masakkan untuk aku selama seminggu dan jaga aku sepanjang sakit.  Sakit secara fizikal pada hari ni dah xde kecuali sedikit discomfort di bibir dan gigi. Tapi mentally aku rasa masih sakit lagi. Sehingga minggu lepas aku langsung tak bersukan sebab mood xde. Minggu ni baru kembali berlari. Nak berbasikal apetah lagi. Basikal hanya dibiarkan sama bersandar pada dinding seperti hari balik dari kemalangan. 

Aku even joked nak jumpa sport psychologist. Konon-konon Nak tau bagaimana nak naikkan semangat untuk bersukan semula, sebab bagi aku ada something wrong somewhere bila aku tak finish. Kita tengok la apa rasa dalam dalam sebulan ni. Mana tau dalam sebulan ni semangat tu kembali sampai.







No comments: