23.5.09

SpeedTrap-Terima Kasih PDRM Rembau

1 September 2009,kerajaan mewajibkan semua stesen minyak menjual minyak baru yang diperkenalkan RON95. Serentak pada itu minyak RON92 diberhentikan penjualan dan minyak RON 97 yang kita gunakan sekarang dinaiikan 20sen/liter dari harga sekarang RM1.80sen/liter.

Kerajaan sudah mula menggembar gemburkan bahawa pengenalan minyak baru ini adalah satu bentuk bantuan kepada rakyat. Ini kerana minyak RON95 akan dijual lebih murah dari harga minyak RON97 yang kita gunakan sekarang iaitu RM1.70sen/liter.Adakah betul ianya satu bentuk bantuan atau pun sebaliknya. Ini kerana jika Indonesia, negara bukan pengeluar minyak sudah lama menjual RON97 RM1.70sen/liter sedangkan Malaysia menjual dengan RM1.80sen/liter akan dinaikkan ke 2.00sen/liter datang September.

RON95 dikatakan selamat digunakan pada kenderaan dan tidak mencemarkan alam sekita.Kenapa tiada data ditunjukkan berkaitan ini. Jika benar dakwaan negara Eropah sudah lama menggunakannya, pasti tiada masalah ingin menunjukkan sebarang data.

Apa yang aku nampak dari pengenalan harga minyak baru ini adalah satu cara kerajaan untuk mengaut keuntungan lebih. Sudah maklum minyak keluaran negara,Gred A tidak digunakan sendiri tetapi dieskport sepenuhnya ke negara luar. Kita kemudiannya membeli minyak dari negara asing,Gred B untuk kegunaan sendiri.Pada 1 September kita akan mula menggunakan munyak baru,Gred C.Kemungkinan margin keuntungan adalah seperti di bawah.

Sekarang
Jual keluar minyak negara, Gred A : USD50/tong
Beli minyak luar, Gred B : USD30/tong
Margin keuntungan : USD20/tong

1 September 2009
Jual keluar minyak negara, Gred A : USD50/tong
Beli minyak luar, Gred C : USD20/tong
Margin keuntungan : USD30/tong


Itu jika dilihat dari keuntungan dari jual beli 1 tong,bagaimana pula dengan penjualan beli beribu-ribu tong sehari ?
Berapakan agaknya keuntungan dalam sehari?

Walaubagaimanapun segala cerita ini hanya teori peribadi aku. Betul atau tidak tiada siapa yang tahu.

P/s : Tiba Spetember, jika masih mahu menggunakan minyak ROn97 lebih baik jika mengisi VPoweR sahaja. Hanya RM2.05/liter.
Komen di atas ini tidak ditaja oleh Shell mahupun Bonuslink.

No comments: