1st half of 2022 has been good to me so far with 1 minor hiccup. I would like to call it a triple celebration.
27.6.22
2.6.22
Proton Persona
Kemalangan pun sekali je tu pun ada budak sekolah mangkuk mana kuar simpang tak tengok kiri kanan terus keluar dan terlanggar tepi kete. Budak tu kaki patah. Aku tak disaman, jadi bermakna aku tak salah. Ada la dalam 3 minggu masuk bengkel sementara tunggu repair.
20.4.14
Buat Baik Belum Tentu Dibalas Baik
Dalm bulan 3 tahun lepas. Kereta aku eksiden. Isteri yg bw. Tgh hantar budak balik rumah lepas aktiviti sukan. Dilanggar moto yg dipandu budak tiada lesen yang melintas jalan tanpa berhenti.
Budak tu patah kaki. Kereta kene tarik sbb tak boleh start.
Moto budak tu agak teruk.
Atas dasar kasihan aku decide untuk tak claim pada famili budak tu dan dr insurans moto tu.
Sebabnya kasihan dia keluarga susah, pastu patah kaki pula.
Repot polis aku buat utk tujuan claim. Dr info sarjan bertugas side aku tak salah.
Untuk repair kereta aku, claim dr insurans sendiri. Rugi NCD yg dah full.
Kawan2 si pejabat kata aku bodo sebab baik sangat. Aku diamkan aje.
Seba aku rasa aku buat benda yang betul walaupun bukan salah aku.
Empat hari lepas lepas, isteri aku dpt call dari lawyer insurans kereta yang syarikat insurans moto budak tu nak saman. Selepas satu tahun sebulan baru nak saman.
2 hari lepas panggilan telefon dr lawyer, sarjan dulu tu telefon minta tolong cari budak tu dah suruh ke balai untuk urusan ttp kes atau sebagai.
Ikutkan hati aku malas sebab aku mmg hangin bila dpt tau nak kene saman.
Aku buat juga dan maklumkan kepada budak tu dan mak dia supaya segera ke balai.
Yang menyakitkan hati, mak dgn anak dia boleh plak buat tak tahu isu aku nak kena saman bila aku tanya dia.
Kata isteri aku mungkin dia benar2 tak tahu.
Kata aku, kita kene tipu sekali je cukup. Jangan sampai kali ni kita tertipu dengan muka innocence dia plak.
Masa hr tu janji xnak buat apa2 tindakan lanjut. Kali ni tiba2 nak saman.
Kalau kali kedua ni pun kita nak percaya maknanya bodoh la kita ni sebenarnya.
Aku cukup bernasib baik ms eksiden dulu, aku buat repot polis utl claim. Jika waktu tu aku guna duit sendiri utk repair kereta, tak buat repot polis aku yakin dan pasti aku akan kalah bila kena saman ni.
Aku ada semak balik dengan sarjan tu, kalau ikutkan keluarga budak tu xde harapan nak menang.
Pertama sebab budak tu takde lesen dan kedua sepatutnya budak tu berhenti di simpang bukan main jalan aje.
Aku seminggu ni rasa kecewa dengan hal ni. Tapi aku simpan dalam hati aje la sebab tak nak bagi isteri aku risau.
Niat di hati ni ikhlas masa tahun lepas, siap isteri aku bg duit pada budak tu sebab kasihan tapi setahun selepas tu lain pula ceritanya.
Aku dah belajar satu perkara penting minggu ni.
Buat baik belum tentu dibalas dengan baik.
2.8.13
Kereta : Sebuah Kenderaan yang bijak II
Aku merasakan kereta aku ada line Internet. Dan browser yg dia buka menggunakan M2U sebagai homepage. Kemudian kereta aku mempunyai hacking skill yang ketara. Dia hack masuk akaun bank online dan kemudiannya bila tengok dia ada duit, dia rosak.
Memang majis. Menyimpan dua bulan, tiba2 boleh habis dalam sehari. Lagi hebat bila dua-dua kereta tahu ada duit dalam akaun dan 'pura-pura' rosak keesokan harinya.
Kereta, sebuah kenderaan yang bijak!
11.3.13
Kereta : Sebuah kenderaan yg Bijak
Bulan Disember aku buat claim utk baju istiadat. Duit claim masuk minggu lepas.
Hari ini kereta Proton Satria minyak tukar tayar baru. Rim ada bengkok kene repair.
Proton Persona pula eksiden tadi di KLIA, langgar tiang. Pintu pemandu tak boleh tutup.
Terpaksa repair kedua-dua di tengah bulan.
Macam tau-tau aje duit tengah ada walaupun tengah bulan.
Kereta, ia adalah sebuah kenderaan yg bijak.
Bagi kes aku, aku ada dua kenderaan yang bijak.
Sekian.
31.5.11
Slow and steady
Aku pun cuba gaya slow and steady ni sejak 2 minggu lepas. Memang jimat. Dulu seminggu, aku isi petrol RM60 tahan 3 hari aje. Sekarang boleh cecah dalam 4-5 hari. Speed trap pun dah banyak aku elak. Kalau dulu memang syaitan juga cara aku drive. Speed trap aje dah 6 kali aku kene kat highway Nilai-KL nih. The key to slow and steady ni adalah dengan maintain satu speed sahaja bagi kebanyakan masa pemanduan. Sebagai contoh kalau bawa 110km/h kau maintain aje speed tu selagi boleh.Kurangkan brek terutama brek mengejut. Jarakkan kereta anda dengan kereta di depan. Dan yang paling penting plan your drive. Kita kene estimate masa lebih sket dgn gaya slow and steady nih.
As a tribute, aku namakan style driving ni Gaya Pemanduan Venu.
5.5.11
Kerana Sekeping cermin
1. Serdang
kos RM490. Sebab utama bg aku dekat dgn UPM.student ni kan kaya,walau kaya dgn hutang PTPTN aje. Jadi konfem kene ketuk.
2. Cheras
kos RM370. Murah sket sebab kawasan pinggir kota.Lagi pun tu hanya kawasan perumahan kelas pertengahan.
3. Bulatan Pahang
kos RM400. Mahal sebab kat tengah bandar. Kos sume dah termasuk traffic jam, rasuah polis, kene saman speed trap.
4. Pekan Lama Semenyih
kos RM280. Aku saspek murah sebab kawasan jauh dari bandar, kurang membangun, jalan paling terer 2 lane, lori besar gila babi banyak. Tempat paling happening pun hanya Tesco aje.
Owh. Satu lagi aku prasan, asal takde kedai repair cermin orang Melayu. Semua cina aje. Orang Melayu mane? Aku rasa sibuk jual nasi lemak kot
29.4.11
Retak Seribu
11.4.11
Patah 3
Sebenarnya kereta Malaysia ni memang cokia atau otot-otot tangan aku semakin tegap. Diboldkan untuk penegasan.
Kereta kancil aku sebelum ni dah 4-4 handle pintu aku kerja kan. Untuk kereta terbaru sudah dua.
Kereta Malaysia ni mungkin kene belai lain macam sikit.Lagi lembut dari belai awek-awek.