16.2.16

Melati Hill

Aku pun baru tau tempat ni sebenarnya bila tengok kawan post gambar kat Facebook. Nampak menarik sebab konon-konn nak buat trail run.Petang semalam balik keje terus aku cuba.

Hasilnya bagi aku nak trail running agak sukar sebab masuk aje terus mendaki sampai puncak. View kat atas not bad juga la.Boleh la nampak kawasan sekitar Nilai. Bukan full 360 view ataupun 180 tapi masih menarik. Ada 2 lagi jalan masuk selain jalan masuk yang biasa.Ada 2 puncak satu di depan dan satu di belakang. Untuk naik ke dua-dua puncak ni perlu turun naik bukityang amat memenatkan tapi bagi aku amat berbaloi.
Menurut kawan, tempat ni memang ramai orang datang pada hujung minggu. Tidak sepopular seperti Bukit Broga tapi masih ada tarikannya. Jika sesiapa yang berminat boleh la pegi ke Desa Melati, Nilai. Lokasi permulaan trail adalah pada Jalan BBN 11/4. Betul- betul bersebelahan dengan Tokong Na Du Gong. 







UPDATED

Disebabkan post ni ramai gak yang tengok utk ke Bukit Melati, so aku share gambar-gambar lain dan map lain sewaktu kali kedua dan ketiga aku ke sini.

Kali kedua


Kali kedua ni xde gambar trail tapi gambar kawan2 je ada. Xlarat nak amik gambar. lutut gegor. haha.





Kali ketiga

Ni di bahagian permulaan dan 2 gambar pertama ni adalah merupakan laluan baru yang dibuka . Dalam sebulan. Masih belum popular lg.






Untuk latest review Melati Hill bagi tahun 2017 bleh klik sini.

4 comments:

adawiyah said...

Menarik! Dekat je dgn rumah. Baru tahu ada tempat best utk hiking. Berapa jam ye total? Naik & turun?

No Surprises said...

bleh refer dengan map garmin yang saya share tu. depends on individual. saya slow jadi 56 minit paling awal nak habiskan 3.7km. naik kejap je. 10 minit bleh sampai

mohd razi kosnan said...

Bole kayuh beskal tk?

No Surprises said...

laluan ni tak boleh guna basikal. downhill dan uphill curam dan penuh akar kayu