25.5.21
Covid-19
21.1.21
Corona
18.5.20
Blessing in Disguise
Walaupun dah mula masuk keje everyday sejak PKP 2 hari tu, sekurang-kurangnya aku masih dapat dapat balik on time dan terus ke rumah tanpa ada sebarang outstation. After much rest this few month, I am happy to gear up for work and outstation after PKPB are lifted.
23.5.19
Persoalan Hari Ini 11 : Buka Puasa + Reunion
Pernahkah anda terfikir dalam setahun yang ada ni, dalam 365 hari yang ada mengikut kalendar Masihi ini, kita pilih salah satu hari dari 30 hari dalam Ramadhan untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan ala2 reunion?
Kenapa? Kenapa tidak salah satu hari selain dari bulan Ramadhan?
Apa signifikannya berbuka puasa bersama - sama kawan- kawan yang dah lama tak kita jumpai?
Kenapa pilih buka puasa? Kenapa perlu pilih di bulan yang sepatutnya penuh dengan amal ibadat? Kenapa tak pilih hari lain? Kenapa tak pilih bulan lain?
Kenapa dan kenapa?
Pernahkah anda terfikir kan nya?
13.1.15
Pahala
Hidup ni bagi aku mudah nak dpt pahala. Cuma kdg2 kita tak gunakan ruang dan peluang untuk dapatkan pahala tu.
Aku bagi contoh pd tpt aku hantar anak aku mengaji kat Pajam. Anta anak kat kawasan perumahan jadi akan ada kereta yang dtg dan pergi hantar anak mengaji. Kdg2 ada juga yg hantar anak dan tunggu di situ sampai anak habis mengaji.
Bila kwsn perumahan dan byk kereta dtg dan pergi serta tunggu anak hbs mengaji, Jalan raya jadi sesak sedikit sebab ada yang parking depan rumah org, tepi jalan.
Yang amat menyedihkan bagi aku ada pulak tuan rumah depan tpt ngaji ni yang tak bagi org parking depan rumah dia. Siap letak kon semua. Pelik. Bukan tinggalkan kereta tu pun. Pemandu ada dlm kereta.
Bagi aku tuan rumah tu mudah dpt pahala sebab bantu org utk dptkan tempat untuk tunggu hingga habis mengaji.
Yang lebih pelik, tuan rumah agama lain tenang aje bg tunggu depan rumah tapi yang Islam ni pulak tak suka org tunggu depan rumah dia utk tunggu anak habis mengaji.
Perkara yang mudah disukarkan. Pelik manusia sekarang.
Aku harap satu hari dibukakan hatinya. Biar dia sedar dengan membantu semudah itu pun dah dpt pahala kerana permudahkan orang menuntut ilmu.
26.4.14
Pendapat
Media cukup suka memberikan publisiti berlebihan kepada sesuatu perkara. Aku nak bg contoh kpd kes bekas model Playboy yang sekarang selalu berfesyen muslimah. Yang kadangkala liputab sebegini boleh menarik minat saudara baru memeluk Islam juga paling penting menyedarkan org yang Islam tentang kepentingan menutup aurat.
Baru2 ini berita menyatakan dia bakal memeluk Islam pada bulan Ramadan. Pada aku ini satu perbuatan yang baik.
Walau bagaimanapun kenapa terlalu banyak coverage diberikan kepada benda sebegini. Dia akan memeluk Islam dalam 2 bulan lagi. Media dah mengembar gemburkan isu ini seperti ia akan berlaku dlm beberapa minit lagi.
Seperti yang aku katakan, coverage sebegini baik tapi jangan la berlebihan. Ia boleh dijadikan minat untuk orang lain memeluk Islam dan menyedarkan yang Islam sendiri. Cukup2 la kita memberi coverage berlebihan pada hal2 artis ini. Ia seolah2 kita mengangkat artis itu sendiri lg tinggi dari isu memeluk agama Islam. Aku yakin dalam seminggu dua ni cerita ini akan diulang berkali kali. Dan yang aku pasti bakal masuk melodi.
Jgn diangkat isu artis tu sendiri lebih tinggi dr agama.
24.3.14
#MH370
Hilang 8 Mac 1.40 pagi
24 Mac 10 malam diumumkan ia berakhir di Lautan Hindi.
Takziah diucapkan. Meremang bulu roma bila memikirkan hal ni.
Ajal kita di tangan Allah. Kita tak akan tahu di mana, bila dan bagaimana.
Apa yg perlu sekarang sedekahkan Al-Fatihah kepad semua mangsa.
Jangan pertikaikan bangsa org yg berada dalam pesawat. Sedekahkan sahaja Al-Fatihah.
Hentikan spekulasi. Banyakkan doa.
Kecewa
Rasa di hati kecewa. Dan juga terkejut. Bila ada mempertikaikan isu tanah kubur. Kawasan tanah kubur tak boleh diberi kpd orang bukan ahli katanya.
Mati itu ketentuan tuhan. Menyempurnakan jenazah itu perlu. Kenapa menguburkan pula menjadi isu.
Jangan pula sampai kita menjadi seperti orang di bukan Islam. Kubur pun di booking dulu sebelum mati.
Arahan tuhan tu mudah tapi kenapa kita sebagai manusia mahu menyukarkan arahan mudah itu?
11.10.13
6.9.13
Its All Part of The Plan
Sedarkah kita yang perjalanan hidup kita sudah tertulis dari mula dari dalam kandungan hingga kita berhenti bernafas di muka bumi?
Joker dalam filem Batman pernah berkata " Its all part of the plan". We are part of the plan of the higher power.
Ini adalah satu contoh mudah bagi persoalan ini.
Aku ada beli tool basikal yang harganya agak mahal. Tool ni jenis handy yang boleh dibawa ke mana-mana ketika berbasikal. Sejak stop sekejap aku dah lupa aku letak mana dan tak pernah fikir nak cari sehingga aku betul-betul nak guna.
Seminggu sebelum raya aku nak guna tool tersebut dan dah mencari di setiap sudut rumah, laman dan kereta.
Punya la susah bila tiada tool tu sampai aku terpaksa bawa basikal ke kedai hanya untuk betulkan benda-benda remeh.
Cari hampir seminggu hingga aku give up dan menjangkakan benda itu dah hilang sebenarnya.
2 hari lepas, aku ke pasar malam, sebelum keluar kereta aku ambil beberapa duit syiling untuk digunakan masa membeli di pasar malam.
Syiling dipegang di tangan kanan pada masa yang sama cuba membuka pintu.
Dalam nak bukak pintu,syiling terjatuh ke tepi sebelah tempat duduk.
Sambil aku godek-godek tangan bawah seat nak cari syiling aku siap berkata dalam hati 'leceh betul syiling ni jatuh.
Tiba-tiba aku terasa benda yang besar, aku cuba pegang lagi benda tu, aku cuba ingatkan diri aku apa benda besar yang ada di bawah kereta aku tu.
Bila aku fikir dalam-dalam baru aku teringat benda yang aku sentuh tu lah sebenarnya tool yang aku cari selama seminggu.
Tool yang buat aku habis geledah satu rumah, laman dan kereta tapi masih tak jumpa.
Akhirnya aku buat kesimpulan, kenapa syiling tu jatuh ke bawah tepi seat kereta tu adalah sebenarnya Tuhan nak jumpakan aku dengan benda yang dah lama aku cari.
Tuhan jadikan benda yang menyusahkan kepada benda yang menggembirakan.
Kita tak pernah tahu kenapa setiap sesuatu perkara itu terjadi sehingga ia terjadi.
Seperti pernah disebut-sebut sebelum ini 'God work in mysterious ways.
Joker dalam filem Batman pernah berkata " Its all part of the plan".
9.5.13
RM
Best nya hidup sebagai RM ni, the so called 1st lady adalah walaupun dibenci hampir semua orang tapi dia dengan mudah dapat pahala percuma dari orang yang mengata dia.
Aku selalu joke dgn isteri, walaupun dia xbertudung jangan sampai kat titi siratul mustahil nanti dia jalan lagi laju dari kita sebab dia banyak pahala dr orang yg mengata dia.
Oh Melayuku 5
Persoalannya sekarang azan tepat pada waktunya dilaungkan di seluruh Malaysia, adakah kita berhenti untuk bersolat?
Adakah kita beramai-ramai berhenti melakukan kerja masing-masing dan berjalan bersama ke masjid?
Sudah-sudahlah dengan scare off tactics ni. Zaman dah berubah.
2.5.13
Halal dan Haram version 7
Banyak beza sebenarnya. Apa yang aku harapkan mereka ini nampak perbezaan besar tersebut.
21.4.13
Hebat!
Inilah negara Islam yang dibanggakan semua. Yang Islam dgn megah berkata sebegini.
Berpeluk takpe asalkan tak berbogel.
Kah kah kah!
17.2.13
Tammat
Akhirnya, lepas sebulan baca, tamat juga buku ke 3 untuk tahun ini. Buku yang amat baik menceritakan peranan Yusuf Al-Qaradhawi dalam kebangkitan rakyar mesir. Apa yang sentiasa aku teringat bila baca buku ini adalah sepotong ayat yang berbunyi "setiap tindakan yang tidak dilabelkan hukum secara khusus adalah bersifat harus selagi tidak ada dalil syarak yang mengharamkannya secara spesifik".
Perkara ini amat relevan dengan apa yang terjadi di sini sekarang, dengan kita amat mudah menghalal atau mengharamkan sesuatu perbuatan sesuka hati tanpa merujuk kepada Al -Quran dan Sunnah.
Aku recommend buku tersebut kepada semua. Moga kita sama-sama dapat manfaat dari pembacaan yang dalam ini.
5.2.13
Antara Wajib dan Tradisi
Aku sedih bila memikirkan sahabat-sahabat yang kuat agamanya dan menjaga solatnya melakukan dosa-dosa besar. Aku sendiri penuh dosa tp kadangkala sampai aku terfikir, apa nilainya solat 5 waktu yang mereka pegang selama ini jika mereka dengan mudah melakukan maksiat.
Adakah selama ini perbuatan itu dilakukan kerana ia wajib atau sebagai tradisi sahaja?
Nasihat sudah diberi tapi tak diendah. Apa yang diharapkan satu hari dibukakan hati untuk meninggalkan semuanya.
31.1.13
16.1.13
13.1.13
Bertudung
Dia sepatutnya harus akur, dengan populariti seperti yang dia ada, orang akan mengikut apa yang dia buat samda baik atau buruk. Pernah ka dia terfikir, berapa ramai yang sudah bertudung penuh, berubah mengikut cara dia bertudung dahulu kerana mengikut cara dia?
Saya bukan berlagak alim, juga insan yang banyak berdosa, tapi kita harus sedar, kita ni sentiasa boleh mempengaruhi orang lain dari pelbagai aspek, samada kita sedar atau tidak dan samada kita mahu atau tidak.
8.12.12
Inspirational
Watch "Never, Ever Give Up. Arthur's Inspirational Transformation!" on YouTube
Saw this in on facebook and decided to share it here.
A friend of my also share the same quote "NEVER GIVE UP"