Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

9.10.19

Joker


Jangan tonton jika anda mahukan filem aksi. Ini bukan filem aksi. Dari segi bahasa mudah aku rasa ia adalah kisah drama. Bagaimana kelahiran Joker itu sendiri.Aku malas nak tulis panjang-panjang disebabkan melambak review yang ada. 

Cuma bagi aku, benda paling menarik pada Joker adalah acting Joaquin Phoenix. Sepanjang filem dia melakonkan watak sedih, teraniya dan mental. Even cara berjalan pun boleh nampak karekter yang sakit. Until the end of the movie di mana dia memakai face paint joker, siap berpakaian, the whole persona berubah. From someone sad to  menggerunkan.  The way he dress, talk, walk, smile amat menggerunkan. That is brilliant acting.

Part dia berubah tu bagi aku highlight of the movie. Some say dia layak menang Oscar for this movie. Bagi aku the Oscar is already his from the final 10 minutes of the movie.

6.9.13

Kick Ass 2


Sesiapa yang pernah menonton filem yang pertama wajib tonton kesinambungannya dalam filem kali ini. Walaupun terdapat banyak scene yang tak logik dan agak 'corny' tapi ia masih menarik ditonton. Ia tak sehebat filem pertama kerana sedikit kecewa dengan adegan corny tu. Aku harap edisi ketiga ia lebih menarik.

Tunggu hingga post credit scene, ade sedikit kesinambungan untuk melengkapkan trilogy. Aku telepas part ni masa di pawagam semalam.


23.8.13

Elysium : Bukan Sekadar Cerita Fiksyen


Filem mengisahkan dunia masa depan di mana Bumi semakin padat, tercemar dan berpenyakit. Mereka yang kaya melarikan diri ke Elysium, satu kota indah di angkasa.  Di sana segalanya indah dan jika anda berpenyakit boleh disembuhkan dengan kemampuan teknologi.Yang miskin, sakit dan tiada apa-apa dibiarkan di bumi  hidup sehingga mati. Max seorang bekas penjenayah mahu masuk ke Elysium disebabkan penyakit yang dialami dari pancaran radioaktif semasa bekerja di kilang. Jangka hayat Max hanya 5 hari. Filem ini berkisarkan 'perjalanan' Max ke sana.
Pertama sekali perkara yang buat aku tertarik untuk menonton filem ini adalah Neill Blomkamp, pengarah dari Afrika Selatan yang hanya aku kenal bila menonton filem District 9. Filem itu walau berkisarkan tentang mahkluk asing tapi sebenarnya sarat dengan maksud mendalam.
Kedua, disebabkan Shartlto Copley. Dia merupakan pelakon dari filem District 9. Dia juga berasal dari Afrika Selatan dan pernah berlakon dalam  filem The A Team, sebagai Murdock.
Ketiga, bagi aku tarikan menonton filem ini barulah disebabkan Matt Damon. Dia tak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup popular.

Filem ini aku sarat dengan maksud yang lebih dalam dari sekadar filem sains fiksyen. Apa yang dipaparkan dalam filem ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam kehidupan kita. Sekarang ini pun yang kaya memerintah dunia. Yang miskin hanya mengikut telunjuk mereka yang kaya.  Dengan duit apa sahaja boleh dilakukan. Dengan duit boleh mendapat kediaman besar, bebas penyakit dan nikmat-nikmat dunia lain. Dengan duit juga mereka yang berkuasa akan kekal berkuasa. 
Bukankah perkara ini sudah sedia berlaku di duni sekarang. Dunia dikuasai kapitalis yang berpaksi keuntungan semata-mata. Pemimpin yang memegang tampuk kuasa tidak kisahkan rakyat yang hidup sukar hanya mahu menjaga mereka yang kaya sahaja kerana mereka lah yang memembantu pemimpin memegang kuasa. Apabila sudah berkuasa, tidak mahu turun dari takhta. Kuasa ingin dipegang hingga akhir hayat.
No wonder filem ini dengan mudah memegang tampuk no 1 box office di US pada minggu pertama dikeluarkan. Ia bukan filem sains fiksyen semata tapi penuh dengan maksud dan isi yang dalam.
Filem ini bagi aku perlu ditonton semua agar mesejnya difahami dan disebarkan.

20.7.13

Pacific Rim


  1. Dalam cerita ini robot dipanggil Jaeger dan raksasa dipanggil Kaiju. Jaegar dari bahasa jerman  manakala Kaiju dari bahasa Jepun.
  2. Satu filem yang hebat terutama efek yang hampir keseluruhan menggunakan CGI, skor bunyi dan lain lain. Ada juga kadangkala bila guna CGI nampak terlalu 'computerish' bila berkaitan dengan objek2 selain robot dan raksasa seperti kereta,jambatan dan lain-lain.
  3. Jalan cerita bagi aku biasa-biasa. Guna standard biasa, diserang-hero wujud-hero kalah-hero bangkit semula dan menang.
  4. Skrip bagi aku pun biasa aje cuma skrip2 seperti menaikkan semangatlah.
  5. Bagi aku orang yang pegang watak hero bernama Raleigh Beckett iaitu Charlie Hunnam cara dia berjalan, bercakap, ekspressi marah, emosi lebih kurang sama dengan lakonan dia dalam drama Son Of Anarchy iaitu watak ketua gangster Jax Teller.
  6. Heroin Rinko Kickuchi yang bawa watak Mako Mori, biasa-biasa aje. Mula2 nampak introvert akhirnya nampak menyerlah aje.
  7. Jaeger kalau ikut promo sebelum filem keluar nampak banyak tapi bila dalam filem hanya beberapa je guna seperti Jaeger milik hero Gyspy Danger dari USA, Striker Eureka dari Australia, Cherno Alpha  dari Russia dan Crimson Thypoon dari China.
  8. Semua Jaeger ni ada kehebatan sendiri yang diterangkan oleh watak Stacker Pentecost yang dibawa oleh Idris Elba tapi bila lawan senang pulak nak rosak dan hancur kena dengan Kaiju.
  9. In the end Gyspy Danger gak yang setelkan semua walaupun  kaki satu dah cacat dan tangan sebelah dah putus.
  10. Kaiju ni dibezakan dengan kategori gred berdasarkan saiz seperti kategori 1,2,3,4 dan 5. Setiap Kaiju yang keluar ada code name macam  Daggerhead dan Jaiju tapi disebabkan hanya disebut sekali sahaja dalam filem bila Kaiju tu keluar dari laut so nama tu terus xingat.
  11. Yang agak pelik dalam cerita ni bila Jaeger berkumpul di Hong Kong kerana Kaiju keluar dari laut dekat Hong Kong. Sedangkan sebelum ni Kaiju ni ada di mana-mana tempat.
  12. Yang tak logik adalah bila Beckett boleh bertahan tanpa oksigen, siap boleh bercakap lagi bila nak letupkan Jaeger dia. Siap sempat letupkan, masuk escape pod yang kemudiannya mati.
  13. Seperti biasa  dalam feel good movie, hero xboleh mati. Jadi tiba-tiba hero boleh bernafas balik walau dah lama xsedarkan diri akibat kurang oksigen dalam escape pod tu.
  14. Walaubagaimanapun secara keseluruhan aku rasa cerita ni best dan kalau diberi peluang aku nak tengok dalam bentuk 3D plak. Pasti lebih hebat.

15.7.13

LUV


This is one of the reason I love watching Sundance Channel on Astro. U got to watch some gripping movie that opens up your minds on things. I would recommend for U to watch this. LUV actually an acronym of Learning Uncle Vincent. A story about a boy who have nobody except his grandmother learn from his ex-convict uncle on how to live the life. Its a very sad story as the boy have nobody to look up to and really idolized his uncle and his uncle trying to teach him on life.

8.7.13

Movies

Movies I look forward to this month and next.

Malaysia release date 11 July 2013
not sure it will be on Malaysian cinema

5.7.13

World War Z


Berkesempatan untuk menonton filem ini sebentar tadi. Bertemakan perkara yang paling 'in' sekarang iaitu zombie dan daya tarikan dari Brad Pitt.
Cerita yang menarik, penuh aksi dan skor muzik yang hebat. Umpama pengembaraan seseorang dalam mencari penawar virus yang menjangkiti dunia.
Aku bukan nak bercerita pasal filem ni tp berhubung satu babak yang bagi aku penuh propaganda.
Dalam filem ni, Israel berjaya menghalang penyebaran virus dan serangan zombie ni kerana mereka mempunyai tembok tinggi, seperti yang mereka lakukan sekarang di tanah Palestin yang mereka ceroboh.
Dinyatakan juga yang mereka sebenarnya dapat mengagak serangan ini kerana tembok yang mula dibina berpuluh-puluh tahun dulu siap sebelum serangan virus dan zombie.
Di sini adalah satu part progpaganda yang amat bullshit dan propaganda ini ditayang diseluruh pelusuk dunia. Disebabkan Israel mempunyai tembok tinggi dan zombie tak dapat untuk masuk, mereka mula membenarkan rakyat luar masuk ke negara mereka. Siap dikibar-kibarkan lagi benda rakyat yang berjaya masuk dan yang menerima bantuan Israel itu.
Filem adalah satu alat propaganda yang hebat dan dalam filem ini ada juga niat cuba 'menyucikan' Israel dengan menonjolkan kebaikan mereka dengan sedikit jalan cerita yang disampaikan. Babak di Israel tidak panjang. Mungkin dalam 10 ke 15 minit dari keseluruhan cerita tapi ia disusun dengan kemas hingga Israel  kelihatan amat baik di dalamnya.

4.7.13

Taking Chance


I saw this movie on Cinemax last night about a soldier escorting the body of a fallen soldier who died in Afghanistan. He escorted him from the military based in Washington DC to his home town in Illinois, where he will be buried.
I did some digging (goggling of course) about this movie. Its turn out that this movie actually are based on a true story from the notes of Lt Col. Mike Strobl (main character of the movie) when escorting the body of Private 1st Class Marine Chance Phelps.
What actually intrigues me when watching this movie is the level of respect of a soldier towards their fallen brothers. The salute given to the fallen soldiers every time the coffin was loaded in and out of an aeroplane, in the chapel and the cemetery.
The way they salute them was so emotional without even shedding any tears.
The first thing I remember after seeing this movie was Arwah Aldy Hasmi. A friend, a fathers and a husband who lost his live while training for Askar Wataniah on 16th of September 2013.
He is my fallen soldier and I deeply regret not being able to gave my last respect, my salute to him before he was buried.
May he rest in peace.
Al-Fatihah.

8.6.13

KIL


  1. Secara pendeknya filem ini aku katakan bukan tipikal filem melayu biasa. Filem melayu biasa selalunya mengikut trend in semasa, contohnya jika seorang pengarah keluar filem rempit, semua pengarah keluarkan filem berkonsep sama. Filem ini lain dari yang lain. Against the norm of normal Malaysian film, aku rasa.
  2. Permulaan agak perlahan tapi kemudiannya pick up the pace. Bagi aku lakonan Redza Minhat baik, tapi biasa-biasa, cuma bila kemasukan Cristina Suzanne yang menaikkan mood cerita.Aku rasakan chemistry mereka berdua yang membuatkan cerita ini 'jadi'.
  3. Aku suka dengan konsep lakonan bersahaja, berlakon tanpa kelihatan seperti berlakon. Skrip yang dilontarkan nampak jujur. Walaupun kadang kala keluar skrip Inggeris, tapi masih boleh diterima. Ada banyak skrip yang dituturkan secara rojak Melayu dan Inggeris, itu memang normal. Cara bercakap orang Malaysia/Melayu aku rasa sekarang.
  4. Ada sedikit konsep flashback, twist di hujung cerita yang membuatkan cerita ni tidak berjalan lurus sahaja tetapi tidak terlalu memeningkan.Bagi aku setiap shot amat cantik, sedikit 'artsy' di situ. 
  5. Aku suka bila cerita berlatar belakangkan ibu kota kerana aku dibesarkan di sini. Segala tempat yang menjadi shot setiap scene kebanyakannya aku kenal dan boleh relate dengan keadaan yang cuba disampaikan.
  6. Terdapat watak-watak sampingan lakonan Hasnol Rahmat, Aidil, Jipie walaupun kecil tapi bagi aku memberikan kesan dalam perjalanan cerita.
  7. Plus point bagi aku cerita ini adalah pada heroinnya, cinematografinya dan jalan cerita yang lain dari lain.
  8. Aku malas nak cerita sinopsis sebab kalau google aje tajuk filem bersepah boleh jumpa.
  9. Aku nak komen panjang-panjang pun aku bukannya pandai review filem, nak ulas dalam-dalam ilmu langsung takde.  
  10. Bagi aku cerita ini enjoyable dan kena dengan minat aku dan ia merupakan RM9 yang berbaloi dibelanjakan di pawagam.
  11. Cuma persoalan terakhir, berapa ramai 'orang kita' akan menonton cerita sebegini?

14.12.12

Masa

Masa yang terluang perlu digunakan sepenuhnya. Tidak manis jika terbazir begitu sahaja. Jadi memang sesuai jika masa terluang itu digunakan untuk menonton ini.  Cerita panjang, 2 jam 49 minit. Sesuai sangat dengan masa yang terlebih ini.

21.11.12

Bunohan

Just watch this.
Great movie, excellent cinematography, good camerawork.
Recommended to all who have yet to watch this.
This is the kind of movie that I can watch again and again.

18.7.11

Question

This is for anybody who have watched the Transformers 3.

Since when do Transformers bleed?
Anybody knows?

23.2.09

Benjamin Butang vs Forrest Gump

korang xrasa ke cite benjamin butang dengan forrest gump banyak persamaan.

cite panjang nak mampus
cacat sejak kecil,kedua-dua xmampu berjalan sendiri
bercinta dengan child hood sweetheart
traveling around the world
jadi tentera
jadi nelayan
jadi kaya
balik kampung halaman

dan yang paling obvious kedua-dua mak skali ada tagline sendiri....