5.7.09

Entri Combo

Jalan keluar

Seorang sahabatku berjaya menjumpai jalan keluar dari neraka ini. Bila pertama kali aku mendengar berita ini, perasaan hati bercampur- campur. Gembira kerana kawan menjumpai jalan keluar dan sedih kerana aku masih kekal di neraka ini. Aku berharap rezeki aku akan sampai kerana penderitaan ini sudah tidak tertahankan. Kepada Aliq selamat bekerja esok di JPM.

PAC

Hari ini aku menjalani ujian PAC. Ini adalah peringkat kedua bagi jalan keluar dari neraka.
Hari ini mmg tough apabila tiba ujian kecegasan di waktu petang. Aku sudah 5 bulan tidak bersenam tiba-tiba dipaksa bekerja keras.
Tepuk lalat- 30 kali yang memenatkan
Menggapai bintang- 20 kali yang menyebabkan betis macam hendak terputus dari kaki.
Tekan tubi- 20 kali di atas jalan tar amat membunuh.Kesan biji-biji tar di tangan masih ada kemerah-merahan.
Berlari ulang alik- 3 pusingan yang mudah,cuma sukar untuk senyum sambil berlari.

Harapan cuma satu, supaya segala aktiviti yang dibuat hari ni berbaloi hendaknya.
TUHAN tolong..bawa aku keluar!

2 comments:

Kieng Meng said...

selamat mencari jalan keluar

No Surprises said...

jalan sedang dicari...tp kadang2 terlalu gelap sampai xnampak hala tuju