Aku memang cukup bengang dengan ape yang terjadi. 3 minggu aku bekerja tanpa henti,sabtu dan ahad dan paling minima 12 jam di kilang. Semalam segala sudah sampai kemuncak.Aku sampai jam 6 pagi, segala kerja belum disiapkan. Aku terus tersentap dan aku tahu kalau aku ada di kilang sepanjang hari itu pasti ada yang akan kena dengan aku. Aku tak mahu mengamuk macam dulu lagi. Nanti tak pasal-pasal orang yang tidak bersalah akan kena.
Aku ambil jalan mudah, aku kemas barang,balik kerja, ambil MC dan tutup HP. Puas hati.
Dan aku akan terus buat lagi kalau bende yang menyakitkan hati lagi jadi kat aku.
Sekian.
No comments:
Post a Comment