Sejak kecik aku tidak percaya dan cukup benci dgn perkataan rezeki,takdir ,ketentuan dan lain-lain. Aku sentiasa beranggapan kita tidak akan ke mana- mana jika tidak berusaha. Aku terharu dgn mak abah aku berusaha gigih utk mengubah hidup keluarga. Dari hanya duduk rumah setinggan di Ampang( kat Shell MRR2) sampai lah tinggal di Cheras. Dari aku hanya berbekalkan roti tanpa duit belanja ke sekolah sampai lah aku sekarang mampu memiliki barang sendiri.
Bagi aku perkataan itu hanya digunakan oleh orang yang malas dan tidak mahu mengubah diri sendiri.
Ada seorang kawan aku, lelaki, berkahwin sebelum ada kerja dan bila aku bertanya bagaimana dia sanggup berkahwin walaupun belum ada kerja, jawapan amat mudah "tiada rezeki lagi". Aku hanya mengomel dalam hati.
Abah aku berkata tunggu bila dia anak nanti pasti akan ada. Rezeki anak . Aku tidak percaya dan benci dengan perkataan tu. Bagi aku kalau kita tidak berusaha macam mana nak berjaya. Perkataan yang sama aku dengar bertahun- tahun.
Sehinggalah keadaan aku sekarang 2 tahun selepas itu.Aku sudah berkahwin, isteri sarat mengandung menunggu masa. Aku tertekan dengan kerja. Mengharap dengan peluang untuk ke tempat lain. 2 hari lepas aku berjaya.Kawan- kawan aku yang lebih berkelayakan dari aku yang mengharap jawatan yang sama tidak berjaya. Jawapan yang diberi "Rezeki Anak".
Dan hari ini aku percaya.
1 comment:
memang betul rezeki anak. itu pun selepas ko berusaha tanpa penat dan jemu. takkan ada rezeki yang dtg tanpa usaha sbb Allah pun benci hambaNya yang malas berusaha. tahniah zam!
Post a Comment