22.11.09

Ironi

Keje di tempat lama sebenarnya menarik,tapi suasana kerja yang kadang kala memeningkan. Rakan sekerja, orang bawahan semua menyenangkan. Keadaan kerja yang kadang kala menyakitkan. Tempat lama aku digelar Neraka. Bukan dari awal digelar begitu. Sejak setahun kebelakangan ini sahaja keadaan berubah. Dalam masa itu aku mula mencari peluang kerja lain.
Sentiasa berdoa agar dapt keluar dari neraka ini. Akhirnya peluang keluar neraka sudah sampai. Aku ambil dan sekarang aku sudah berada di tempat lain.
Aku menjangkakan ini adalah syurga.
Tempat aku sekarang di Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Ministry of Health(MOH).
Oh Ya..MOH juga dikenali sebagai Ministry of Hell.

1 comment:

cik osh said...

err...masih dlm hell lagi kah? moh mana ko dpt? kl ke putrajaya?