8.12.09
Pembuatan Keputusan
Ammar sakit kuning yang teruk hari tu, Yanti sering menangis mengenangkan keadaan anak. Bila dikejutkan lagi dengan benjolan di belakang kepala Ammar, Yanti terus menangis. Saat yang paling sedih bila Ammar menangis bila dimasukkan ke dalam inkubator untuk di hantar ke bilik CT scan. Ammar dilahirkan besar dan inkubator tiada untuk orang yang bersaiznya. Dia menendang-nendang hujung bekas inkubator itu sambil menangis meminta susu. Abah dan mak mertua, adik ipar dan janji menangis mengiringi Ammar ke bilik scan. The sight of seeing him like this amat menyedihkan aku. Sepanjang kesakitan Ammar di hospital tidak sedikit pun aku menangis. Aku sering dikritik kerana susah mengalirkan air mata. Umpama tidak bersedih dengan apa yang berlaku. Hati aku bersedih sbnrnya, cuma tuhan sahaja yang tau. Aku sentiasa percaya sebagai seorang suami,abah,anak,abang, bos , kuli cara terbaik membuat keputusan adalah berdasarkan logik bukan emosi. Bagi aku bila kita bersedih amat sukar untuk kita membuat satu keputusan terutama di saat genting kerana kita terpengaruh dengan emosi. Apabila di saat hidup dan mati mampukah kita membuat satu keputusan yang tepat dan yang paling terbaik terutama untuk orang yang paling dekat dengan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
stay strong bro.
tima kasih..saya selalu strong
Post a Comment