Ada satu bab dalam buku terbaru yagn aku baca yang menyatakan asal usul keris. Keris itu sebenarnya berkait rapat dengan falsafah dan amalan fahaman Tantraisme, satu cabang dari Hindu kuno. Sebenarnya keris yang kita kenali itu merupakan satu objek yang bersifat feminin dan bukan bersifat maskulin.
Mata keris digambarkan sebagai kemaluan lelaki dan sarung digambarkan sebagai kemaluan perempuan. Satu pandangan melihat mata keris yang tegak ditusukkan dan dimasukkan ke dalam sarung. Ini menyatakan persetubuhan.
Dari sudut Tantraisme menyatakan mata keris diumpama kuasa kelakian dan kuasa perempuan pada sarungnya. Ini menunjukkan kuasa lelaki mudah dijinakkan oleh kuasa perempuan dengan perbuatan memasukkan keris ke dalam sarung. Ini merupakan satu simbol yang memberikan keris itu tanda objek yang feminin.
Persoalannya di sini jika keris melambangkan kemaluan lelaki, jadi perbuatan seorang menteri tidak lama dulu mencium keris boleh diibaratkan sebagai perbuatan mencium.....
(sila sambung mengikut pemahaman sendiri)
3 comments:
oh ye ke?
nak aku sambung maksud perbuatan menteri itu?heh
erk..mungkin menteri belum sempat baca buku..heee
sila la sambung...
Post a Comment