17.5.10

8 Fakta Rawak di JB

1.Jalan raya kat Johor sesak macam kat KL. Hujung minggu pun sesak sbb Jiran sebelah datang sini mau beli minyak.
2.Hampir semua motor kat Johor ada box kat belakang, tak kira motor kapcai, EX5 mau pun RXZ.
3.Ada lagi dijual kuih 3 biji seringgit. Orang Johor beli berbekas- bekas. Masuk negara sebelah jual 50sen duit Singapore. Memang bijak minda kapitalis ni.
4.Waterfront City shopping Mall dikatakan bungkus sebab mendapat tulah kerana bina di depan istana lama.
5.Pantai Lido dah tak wujud. Semua dalam proses naik taraf untuk buat jalan.
6.Projek Jambatan bengkok dikatakan diteruskan semula. Ada Nampak kren kat jambatan.
7.Kedai mamak di JB tak kaw macam kat KL.
8.Bisnes paling ‘ in ’ kat JB adalah kedai tukaran mata wang.Tak putus pelanggan.

No comments: