20.5.10
Merenung Kembali
Sifat dengki mendengki ni ada di mana- mana. Tapi pengalaman bekerja aku yang dah berada di dua sektor pekerjaan awam dan swasta, di awam tahap dekengkiannya lebih teruk terutama bila yang mendengki tu orang atasan kita. Memang teruk kita dilanyak. Semua benda tak kena. Dari air muka dan suara kita dah nampak kebenciannya.Tapi macam manapun dibuatnye ke aku, persediaan mental aku selama tiga tahun di Kilang Kicap sangat berbaloi. Terasa biasa sahaja. Tahap stress di kilang kicap amat melampau-lampau terutama bila berjumpa Big Black Boss time meeting pagi. Kat sini stress dia umpama celah gigi. Kalau kat sini orang kata stress, keje banyak, balik lambat, meeting berlambak-lambak hanya umpama speed bump je kalau di kilang kicap. Aku sepatutnya lebih berterima kasih dengan kilang kicap tu. Gud preparation kat orang. Bak kata Yuth kilang kicap tu umpama Training Institute. Kawan-kawan di kilang bersabarlah. Anggap sahaja di sana itu tempat persediaan mental sahaja. Panggilan ke tempat yang lebih tenang akan tiba tidak lama lagi. (hanya rakan- rakan yang ingin keluar sahaja. Yang ingin terus kekal, menjadi TL, PMT,QST, OM, MD sila abaikan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment