Sekarang sudah kecoh pasal kekejaman Israel. Bunuh orang sesuka hati. World Police hanya berdiam diri. Aku tumpang simpati pada manusia yang hilang nyawa masa serangan itu. Sesungguhnya mereka itu mati syahid. Aku hanya nak tgk langkah seterusnya orang dari Malaysia. Berdemo sudah, join group-group anti Israel pun daha byk kat FB, tukar profile pic jadi hitam pun dah ramai. So next step pasti adalah pemboikotan barang- barang. Kepada yang nak boikot tu aku nasihatkan boikot la SAMPAI MATI. Jangan hanya hangat-hangat taik anjing. Masih ingat kes pelukis Denmark tu, terus kita boikot barangan Denmark. Tapi sampai berapa lama? , Sekarang kecoh pasal lesen yang halalkan judi. Ye aku mmg kesal dengan kes pengHALALan judi tu tapi dari dulu lagi dah ada sport toto,lumba kuda, kasino . Semua takde berkata apa-apa. Berjaya group pun dah lama pegang judi sport toto ni. Sume pun diam aje. Takde nak boikot-boikot ke. Aku tgk yang Islam marah-marah pasal lesen judi ni selamba je kuar masuk 7-E. Tu kan anak syarikat Berjaya group kenapa takde yang nak boikot. AKu jamin lepas ni kemungkinan nak boikot barang US plak sbb US dilabel sbg World Police tapi masih senyap sekarang ni.
Kepada mereka yang nak boikot ke, demo ke dan lain-lain aku hormati dan kagumi perbuatan diorg tapi janganlah beriya-iya time ni je...lepas tu lupa balik. Yang paling penting consistency,baru orang pandang serius dengan perbuatan kita. Ingat jangan jadi HANGAT-HANGAT TAHI ANJING AJE!.
Aku berani jamin lepas ni senyap sebab Malaysia ni lebih kepada trend. Dulu pasal harga minyak naik,bas eksiden, lepas tu kes orang kene tembak polis. Cube teka apa trend paling ‘in’ sekarang? Trend buang bayi. Tiap- tiap hari masuk paper.
1 comment:
hmm..betul gak tu.kadang2 tfikir pada diri sendri.tapi insyaAllah boleh.. :)
Post a Comment