14.8.10

KTM

Aku dah 6 bulan naik komuter. Lebih mudah dan ekonomikal terutama jika bergerak dari Nilai.Namun ada isu utama yang perlu diselesaikan iaitu komuter yang sesak dengan penumpang pada waktu punca. Penyelesaian mudah yang difikirkan adalah menambah koc yang hanaya akan sampai pada pertengahan 2011 atau 2012 tak salah aku. Aku rasa people incharge di Komuter ni lihat masalah komuter ni pada direction yang salah. Punca utama komuter sesak pada masa puncak bukan kerana tidak cukup koc tetapi tidak datang tepat pada masa yang telah ditatapkan seperti di jadual. Orang yang naik komuter ni sbnrnya dah tau pukul berapa train akan sampai dan pukul berapa diorg kene ada di stesen untuk naik train yang diorg dah target tu. Masalahnya train tak pernah on time. Sepanjang 6 bulan aku naik train hanya sekali saje train pernah sampai tepat. Ini akan menyebabkan ramai orang menunggu pada stesen tu dan orang lain yang naik pada waktu selepas tu pun akan tunggu sama. Jadi kesesakan terjadi, mulakan proses himpit-menghimpit. Keadaan lagi teruk dari sardin sampai kau tak perlu untuk pegang apa-apa dalam train tapi pasti tak terjatuh walau train belok kiri dan ke kanan.
Apa yang perlu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) fikirkan adalah bagaimana nak selesaikan masalah ini dulu dari fikir secara jangka panjang. Fikirkan macama mana nak pastikan train yang sedia ada sentiasa tiba on time dengan kapasiti yang sedia ada sekarang. Duit pun kerajaan takde sekarang . Entah sampai atau tidak koc baru tu. Cuba fikirkan kalau dah dapat pun koc baru tetapi train masih lewat, keadaan pasti sama , masih sesak seperti sekarang.

No comments: