5.8.10

Mengubah Mentality

Ada orang bagitahu aku hari tu kalau kene kerajaan ni kene sokong kerajaan memerintah. Lebih tepat kalau sekarang ni BN. Tapi aku kurang setuju dengan penyataan tu atas 2 sebab. Penjawat awam membuat kerja menurut perintah. Walau apa jua parti politk yang disokong kita tetap perlu buat tugas di amanahkan. Keduanya hak mengundi adalah hak diri sendiri. Sebab itu kita dikehendaki mendaftar dan mengundi SENDIRI pabila sudah cukup umur.Kalau diikutkan kata kawan aku tu maknanya bila PRU12 hari tu confirm ramai orang dari BN kene buang keje di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (sekarang sudah dipegang BN). Orang dari PR yang dipanggil masuk bekerja menggantikan orang yang dibuang tadi. Tidakkah itu satu penginiayaan. Adakah selepas ini kena diletakkan parti yang disokong pada kad pengenalan atau ID kerja masing-masing.Bila pilihanraya akan datang nanti jika PR dapat menambah lagi tampuk kuasa atau negeri –negeri tadi dapat semula ke tangan BN adakah akan terjadi lagi ramai orang yang dibuang kerja? Fikir-fikirkanlah. Kadang- kadang fikiran separuh masak ini yang menjatuhkan orang- orang kita.

No comments: