Hari ini berita utama pasal diskaun tol behubung hari raya. Aku bukan orang yang tak bersyukur , tapi langkah baiknya jika diskaun yang diberi lebih banyak dan lebih menyeluruh.
Bila aku tgk diskaun yang diberikan nak tergelak pun ada. Banyak yang bagi diskaun bila travel time tgh malam. Bukan semua yang dapat diskaun tu. Apa salah diberi diskaun masa siang.
Bayangkan kadar di tol Besraya sebelum raya RM1.30 dan semasa raya RM1.20. Secara logik ape bende yang kita boleh beli dgn 10sen. Value are to small to make a different.
Mcm diperbodohkan pun ada. kat bawah ni kadar tol untuk raya ni nanti. Hargailah 10sen penjimatan yang kita dapat tu nanti. Hahaha.
Diskaun Tol Aidilfitri 2010
BERIKUT adalah senarai syarikat konsesi yang bakal menawarkan pengecualian dan diskaun kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri.
1. LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10%) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 dan 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Kelas 1 – 13.60 sen/km
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kelas 1 – 11.02 sen/km
2. LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Kelas 1 –14.96 sen/km
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kelas 1 –12.11 sen/km
3. LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON(SPDH)
BENTUK PROGRAM CSR
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 3.20 Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.80
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol MambauKelas 1 – RM 2.60(Diskaun RM0.60) Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.60 (Diskaun RM0.20)
4. LEBUHRAYA KULIM-BUTTERWORTH (KLBK)
Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Kubang Semang/LunasKelas 1 – RM 1.60
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60 (20% rebat ke atas bayaran tol akan dimasukkan di dalam kad PlusmileJumlah RebatK. Semang = RM0.30 Lunas = RM0.30)
5. LEBUHRAYA LALUAN KEDUA MALAYSIAN-SINGAPURA (LINKEDUA)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang) di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.
TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.
KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.90 Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 2.30
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.20 (Diskaun RM0.70) Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 1.90 (Diskaun RM0.40)
No comments:
Post a Comment