30.9.10

Halal dan Haram version 3

Aku sebenarnya mencari berita ini di google untuk di link bersama post ini tapi tidak jumpa. Amat pelik sungguh berita ini tiada di akhbar perdana online. Aku terbaca di akhbar tadi bahawa isu kes wang ishan dari sumber judi mahu dipulangkan kepada kerajaan. Aku quote kata-kata dari akhbar tersebut, " Kalau sekarang boleh guna duit dari sumber judi,tidak mustahil satu hari nanti mereka akan gunakan duit hasil aktiviti kasino pula untuk diberikan kepada rakyat".

Kata-kata tu ada logiknya. Ini pula logik dari kotak pemikiran aku yang tak seberapa ini.Kerajaan dapat hasil dari cukai judi, cukai rokok, cukai arak dan hasil dari cukai-cukai ini dikumpulkan dan diberikan kepada penjawat awam sebagai gaji. Adakah bermakna penjawat awam mendapat duit haram. Adakah bermakna duit yang mereka dapat dan guna untuk beli makanan duit haram. Adakah darah daging yang wujud dari makanan yang haram ini dikategorikan haram juga. Adakah bermakna selama ini aku beri anak aku minum susu dengan duit haram juga. Pembesaran anak aku dari sumber haram.

Dahulu aku telah katakan Islam itu mudah lagi indah. Ajarannya sangat mudah diikuti. Kadangkala kita suka menjadi tuhan,mencipta Al-Quran baru dengan ajaran tersendiri

No comments: