sambungan dari Part I
2 hari nak aku balik rumah, didapati kene demam kuning. Admit balik di Hosp Seremban. Duduk dalam 5 hari kat sana. Walaupun suami/bapa aku hanya boleh masuk time melawat sebab isu H1N1.Kat sana aku ada perasaan yang ada macam bengkak sket kat kepala anak aku. Rasa macam jeli. Aku ingat bende biasa. Malam tu pukul 10 isteri aku kol, specialist baru round dan bagi 2 kemungkinan. Satu tengkorak retak, tisu otak keluar dari dalam tengkorak ATAU hanya gumpalan darah. Terkejut ,aku terus ke hospital dengan adik ipar. Aku saja rahsia bende ni dari adik ipar aku. Lepas berjumpa, menangi-nangis isteri dan adik ipar. Diorang dah fikir macam-macam. Esoknya buat ultrasound, xnampak apa-apa. Next adalah CT brain. Ct brain ni membunuh sel otak dan hanya dibuat sebagai jalan terakhir jadi amat tidak elok untuk bayi baru lahir.
Dr suruh anak aku puasa 2 jam. Bayi mane boleh puasa. Merengek-rengek mahukan susu. Kemudian disuntik ubat tidur. Tak jalan. Masih menangis kerana lapar. Last resort Dr bagi jugak anak aku minum betul2 sebelum buat CT brain. Terus tertidur. Tujuan utama perlu puasa kerana lepas CT Brain potensi tinggi untuk muntah. Bayi kalau muntah boleh tercekik. Seperti dijangka memang muntah. Result dari CT Brain amat positif. Hanya ketulan darah. Tak perlu operation dan sebagainya. Hanya perlu continous check up sampai sekarang.
Lepas 5 hari balik rumah disebabkan kuning dah turun. Selang sehari check di klinik, paras kuning naik balik. Disebabkan isteri tak larat lagi duduk di hospital, aku masukkan ke hosp swasta di Nilai. Lebih dekat. 3 hari duduk di sana. Masih tiada perubahan. Isteri dah tak larat keluar masuk hospital. Akhirnya kawan aku mencadangkan sewa mesin photo tu kat rumah. Aku sewa 5 hari. Kos utuk sewa 5 hari dalam RM700. Selepas tu baru semuanya kembali normal. Berhabis betul time tu utk anak dan isteri.
.....bersambung ke Part III
No comments:
Post a Comment