30.12.10

Jus Mate 5

Disebabkan jawapan formspring semalam, aku tak senang duduk hari ni. Panggilan bertalu-talu. FB message terus masuk, walau aku tak boleh nak buka FB time keje. Belum cite di laman twitter lagi. Tweet ni aku sempat baca je.Reply tak boleh juga. Kene tunggu di rumah nanti. Dr Rozmey pun dah nak jadikan aku spoke person produk dia. Ada ura- ura nak gandingkan aku dengan Pamela Anderson untuk filem dia akan datang.tTergugat iman aku nanti. Dia asik-asik kol aku suh sain kontrak. Malas dah nak angkat. Tak lama lagi keluar lah gambar aku pakai blazer merah baldu, pakai bowtie, kasut putih buat isyarat thumbs up, rambut sikat depan tutup dahi di seluruh Malaysia. Tidak dilupakn juga iklan di Kosmo.

Untuk makluman para sahabat, aku tak minum Jus Mate 5. Nak tau harga check website dia.Alamat web cari sendiri. Aku tak nak bagi free advert.
Nak tau berkesan ke tak , bagi aku ini sume psikologi. Dah nak beli pun sampai 4 ratus, mane tak kurus. Duit terbang xmampu nak beli makanan. Kene minum bende tu je.
Kalau tak kurus selepas satu dua minggu, mesti kau lebih drastik. Hanya minum bende tu sahaja setiap hari tanpa bende lain.

Aku belum kurus. Masih ada 4 kg untuk mencapai berat tahun 2007.
Cara nak kurus mudah sahaja. Aku pernah baca dulu 3 cara utama paling mudah membakar kalori dalam badan.
1. Seks
2. Berenang
3. Berbasikal.

No 2 aku tak reti sebab air tak suka kat aku. Yang lain faham- faham la sendiri.

Kalau ada kawan yang keje Peg Dietetik mintak tolong dia rangka diet harian utk kau. InsyaAllah berjaya.

No comments: