Aku ada ternampak dalam facebook ada satu group yang nyatakan barang-barang halal dan haram. Bagi aku itu satu benda yang terpuji sebabkan kita seagama perlu saling ingat-mengingati.
Ada satu gambar yang menyatakan minyak rambut yang aku pakai. Ada komen yang dah diletak kat bawah tu. Disebabkan dah memang sifat aku tidak percaya semua benda bulat-bulat jadi aku buat research sendiri.
Hasil dari bacaan aku di bahagian kandungan minyak rambut tu ada dua jenis alkohol saje yang aku nampak. Cetearyl alcohol dan Cetyl alcohol. Ada 2 saje yang ada perkataan alcohol. Yang lain jika ada tapi tak guna perkataan tu aku tak pasti sebab aku tak pandai kimia.
Hasil dari googling aku, didapati CETEARYL alcohol dan CETYL alcohol adalah HALAL.
Dari mana mana diorang dapat info ada unsur-unsur alkohol yang haram.
Kita sebagai umat Islam kena saling ingat mengingati tapi pastikan apa yang kita ingatkan itu betul. Jangan jadi seperti si buta memimpin yang buta. Masuk longkang nanti.
Ini menjadi racun dalam agama kita. Kita terus sahaja menerima bulat-bulat perkara tanpa diselidiki dahulu. Akibatnya nanti ilmu salah yang diterima,diajar pula kepada orang lain. Akhirnya apa terjadi, teori Domino.
Aku ni bukan hebat, pandai agama, alim ulamak tapi kadang kala questioning the authority tidak salah. Asal kene pada tempatnya.
Dah malas bebel panjang-panjang.Ini hanya sesi agama versi pendek. Nanti meleret
2 comments:
biasalah, ramai yg bukan ahli suka create hukum sendiri.Pastu org pulak suka ikut buta tuli jek..
sbb tu kita terlalu byk ajaran sesat. ikut saja kata orang tanpa selidik dulu.
kalau yang asas dah salah rosak la semuanya.
macam kita bina stadium, kalau asas tak kukuh,runtuh la ia mcm stadium terengganu tuh
Post a Comment