http://www.bharian.com.my/bharian/articles/16NGOmahusyaratjualnasilemakditarik/Article
Dakwaan punca pelajar obesiti tak tepat, rugi peniaga
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) semalam, mendesak Kementerian Kesihatan menarik semula keputusan menetapkan jualan nasi lemak dilakukan secara giliran di sekolah.
Difahamkan, nasi lemak hanya boleh dijual dua kali seminggu mengikut garis panduan ditetapkan kementerian.
Antara NGO lain turut menyatakan rasa tidak puas hati itu termasuk Majlis Permuafakatan Ayahanda SeMalaysia (PERMAS), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Perpaduan Ummah Teras Negara (PUTRA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Seni Bela Diri Vovinam.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata mereka berasa keputusan larangan penjualan itu dibuat secara tergesa-gesa, manakala kesannya tidak dikaji melalui kaedah saintifik.
Katanya, susulan larangan berkenaan dan kesan kononnya menyebabkan obesiti di kalangan rakyat, sudah mengakibatkan kerugian di kalangan pengusaha kantin serta peniaga kecil Melayu yang menjalankan perniagaan terbabit.
"Sehubungan itu, PPIM, PERMAS dan gabungan NGO Melayu lain mendesak kementerian mengkaji semula larangan ini berikutan dakwaan berkenaan tidak tepat, menyeluruh serta mempunyai agenda tersembunyi yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi orang Melayu.
"Kami berpendapat pelbagai langkah boleh diambil kementerian seperti menyekat penjualan makanan ringan, air berkarbonat, makanan sejuk beku yang masih berleluasa dijual di kantin dan luar sekolah.
"Selain itu, penekanan berhubung pengajaran pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat harus ditekankan kerana pelajar masa kini kurang beriadah, sebaliknya lebih gemar melayari internet menggunakan i-Pad, i-Phone dan laman sosial Facebook, " katanya pada sidang media di sini.
Hadir sama, Penasihat PERMAS, Syed Husin Al-Shahab, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Kol Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar, Timbalan Presiden Seni Bela Diri Vovinam, Datuk Faizal Musa, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan wakil PUTRA, Hashnoel Murshim Hashim.
Pada sidang media itu, Tunku Azwil turut melontarkan tujuh soalan kepada kementerian untuk dinilai iaitu jika Malaysia berada di tangga keenam paling ramai menghadapi obesiti, apakah penduduk lima negara lain menjadikan nasi lemak makanan harian sehingga mempunyai masalah kegemukan.
Beliau turut mempersoalkan adakah burger, roti canai, mi, kuey teow, bihun dan makanan ringan yang bahan pelunturnya bahaya kepada pemakanan lebih baik daripada nasi lemak, selain sama ada Kementerian Kesihatan tidak sensitif bahawa nasi lemak satu daripada ikon makanan negara sebelum mengeluarkan kenyataan.
Sementara itu, Jais berkata, pihaknya tidak bersetuju cadangan kementerian berhubung punca obesiti, sebaliknya ia disebabkan pengambilan makanan barat seperti burger, nuget dan mee.
"Nasi lemak adalah makanan paling murah dan mampu dibeli pelajar dan kenapa ia dijadikan sasaran," katanya.
Bagi Dr Kamarudin, nasi lemak mengandungi karbohidrat yang boleh memberi tenaga untuk bergerak atau bekerja.
Komen aku pada ayat yang bold tu.
Melayu ni bodoh nak mampus ke hanya reti jual nasi lemak. Dah tak boleh jual nasi lemak jual la benda lain yang tak dilarang.
Sikit-sikit sume benda nak menjatuhkan Melayu. Hantar persatuan bermacam-macam. Bangang. Otak sempit.
Time tanah rizab melayu nak kena amik takde lak nak kecoh. Pasal nasi lemak je terus hantar ayahanda. BODOH!.
No comments:
Post a Comment