Berita kelmarin, dah bagitau yang sampel telur yang diperiksa KKM adalah tulen. Aku tak pasti ini government cover up atau cerita sebenar. Mungkin juga telur tiruan sempat disorok sebelum rush dibuat. Dari paper juga ada diberitahu yang Malaysia tak mengimport telur. So kira guna telur sendiri la.
Aku bukan nak bercakap pasal telur tiruan atau cara-cara membuat telur tiruan sebenarnya. Blog-blog lain dah banyak cerita, dalam paper pun ada.
Benda yang aku nak sampaikan adalah sekarang ini amat kerap persatuan,gabungan dan macam-macam nama lain yang buat claim yang tak tentu hala. Kemudian tidak di beris penjelasan kukuh. Kadang-kadang umpama melepaskan batuk di tangga.Sebagai contoh bagi kes telur tiruan ni CAP. Persatuan pengguna Pulau Pinang xsalah aku. Antara pengumuman yang telah CAP buat adalah berkaitan minuman beralkohol. Aku pernah post benda ni dalam entri lepas. Kau buat pengumuman dalam minuman biasa ada alkholol tapi tak dinyatakan di mana kajian di buat dan apa jenama mimuman yang beralkohol tu. Sebagai umat Islam kita kena saling ingat mengingati tapi jangan separuh jalan aja. Cuba dibayangkan tak kan selepas pengumuman tu aku kene bawak alat menguji alkohol setiap kali nak minum kat luar.
Aku pernah query dalam Jabatan Penerangan Malaysia di FB semasa CAP ada umumkan yang handphone yang diletakkan ditempat-tempat tertentu pada lelaki akan menggangu sperma. Ya. Sekali lagi maklumat sebegini memang perlu sebab kecanggihan teknologi pasti ada kesan sampingannya. Tapi seperti biasa hanya berita itu diberi tanpa disokong dengan di mana kajian dibuat, siapa yang membuat kajian dan lain-lain. Sebagai contoh kalau hari ini aku keluarkan press conference yang penyakit AIDS sudah ada ubatnya pasti orang tak percaya berbanding Ketua Pengarah Kesihatan atau badan-badan dari WHO.
Dalam kajian bersifat empirikal sebegini credential penyelidik amat penting. tapi benda macam ini yang diabaikan. Akhirnya yang tertipu dan keliru pembaca.
Jawapan yang terakhir Jabatan Penerangan boleh bagitau aku pasal isu tu adalah yang CAP berniat baik. YES. Memang berniat baik, tidak dapat dinafikan. Tapi apa gunanya jika tidak diterangkan isu itu sepenuhnya untuk pemahaman.
Isu yang sama pernah aku bangkitkan dalam entri lepas pasl halal. Setakat cakap dalam paper kat foodcourt Pavillion takde sijil halal tak guna jika tak bagitau kedai yang mana. YES. Memang berniat baik, tidak dapat dinafikan. Tapi apa gunanya jika tidak diterangkan isu itu sepenuhnya untuk pemahaman. Bukan semua orang ada handphone ada internet/wifi nak check website JAKIM ada logo Halal atau tak kedai makan tu.
Yang paling best sekali, bangkitkan satu-satu isu, lepas tu habis begitu saja tanpa follow up. Semua benda senyap begitu sahaja. Memang Malaysia style. Malaysia Boleh.
Ini baru satu isu aje. belum masuk pasal politik lagi. Dalam Malaysia sesiapa saja boleh masuk paper buat kenyataan. Yang penting ada nama persatuan,kelab,gagasan, institut ke dan lain. Ntah betul atau tidak kita tak tau. Again this is Malaysia style. Malaysia Boleh.
1 comment:
agreed. diorg pandai buat public enaunsement la..pres konferens la, tp sparoh jalan.pastu biar org ramai buat andaian mereka sendri..totelli menyusahkan.
Post a Comment