20.5.11

Kemahiran Bersosial

Aku dulu kurang mahir dalam bersosial. Ini mungkin kerana perasaan rendah diri disebabkan gemuk sejak darjah 3 pada sekolah rendah. Masuk ke sekolah menengah lelaki sahaja dan masih gemuk jadi menambah masalah kemahiran sosial aku. Hanya pada tingkatan 3 berat badan turun normal setelah menurunkan berat badan secara ekstrem dan tak sihat. Selepas itu baru aku belajar bersosial sehingga sekarang.
Jadi bagi aku kemahiran bersosial ni kita kena didik dari kecil. Bukan tunggu nak masuk sekolah baru nak bagi kemahiran kat anak-anak.

Anak aku pula baru 1 tahun 6 bulan. Buat masa ini di jaga neneknya. Kawasan kejiranan masih baru dan tiada budak yang sebaya atau hampir sebaya dengan dia. Jadi bila berjumpa dengan orang ramai, sedara mara, sepupu sepapat atau yang sebaya dengan dia. Dia jadi agak timid. Macam takut- takut. Takda reaksi nak berkawan. Jadi aku selaku bapa mithali kena buat satu langkah drastik. Kena galakkan anak berjumpa dengan orang lain terutama yang umur lebih kurang sama. Jadi kemahiran bersosial tu kita boleh didik sikit-sikit.

Plan aku adalah setiap petang, bawa anak bermain-main di taman permainan. Selalunya anak aku akan hanya main kat laman rumah. Dengan main kat taman permainan ni boleh jumpa orang, main sekali, belajr berkomunikasi(walaupun dia masih belum boleh bercakap). Meningkat kemahiran sosial. Kekuatan fizikal pun boleh ditambah juga.

Aku rasa langkah aku dah cukup drastik. Tapi rupa-rupanya langkah isteri aku dalam diam lagi drastik. Dia bawak anak aku makan McDonalds. Alasan mudah. Kat McDonalds Nilai ada tempat bermain kecik kat dalam. Masa anak main , dia boleh makan fast food. Serampang dua mata. Perempuan ni kadang - kadang lain macam pemikirannya aku rasa.









Ni gambar anak aku masa cuba membaiki kemahiran sosial malam semalam.

No comments: