9.5.11

Life

Mak Aku

Dalam aku tingkatan 2@ 3 ada satu konflik yang terjadi pada keluarga aku. Mak aku di pulaukan oleh keluarga dia sendiri. Punca utama adalah sebab duit. Sebab mak aku tak nak participate dalam tabung keluarga. Tabung keluarga ni kira macam tiap-tiap bulan adik beradik sedara kumpul duit contohnya rm50 sebulan dan disimpan dalam tabung. Duit yang terkumpul dalam tabung kemudian boleh digunakan bila time kenduri, hari raya dan bila ada ahli keluarga yang susah boleh tolong. Dan ada satu ayat yang dikata kat mak aku yang buat dia menangis bila teringat pada masa tu. Arwah aku aku pernah cakap " Kalau abah mati nanti tak la susah nak dapat duit kuburkan abah". 
Mak aku tak pernah berkira pasal duit dengan ahli-ahli keluarga dia. Tiap-tiap bulan dia tak pernah lupa bagi duit kat nenek dan datuk aku. Masa raya pun bagi duit. Kalau ada kematian pun dia antara awal yang keluarkan duit. Bila dicakap macam tu pada dia dia jadi sedih. Dia tak nak join benda tu. Akhirnya apa yang mak aku dapat, dia dipulaukan keluarga sendiri. Bila mak aku telefon nak berbuka puasa dengan diorang terus aje di letak telefon tu. Mak aku bagi duit belanja bulan-bulan terus dia tak nak. Macam hina sangat. Masa raya takda sapa yang datang rumah aku. Mak aku ni cuba cover kesedihan dia. Tak pernah dia nak menangis depan anak-anak.  Ada satu kali tu ape pernah nampak di menangis sorang-sorang time masak.
Pada masa adik mak aku kahwin, walaupun semua pulaukan mak aku, dia tetap datang tolong. Siap tidur kat sana lagi. Kau boleh bayangkan tak kau duduk dalam rumah yang nak berkenduri, takda sorang pun yang bercakap dengan kau. Itu la yang mak aku kena. Time nak preparation kenduri tu, bila jiran-jiran datang takda sorang pun yang memperkenalkan mak aku ni sebagai anak dia atau kakak dia. Tapi mak aku ni sabar aje.
Aku memang tak boleh tahan tengok mak aku macam tu. sampai aku cakap dalam hati, kalau dalam masa kenduri tu ada sapa-sapa yang cube nak sakitkan hati mak aku dengan cakap atau buat macam-macam ke, memang aku nak tumbuk. Tak kira lelaki atau perempuan. Masa kenduri tu memang aku duduk sentiasa dekat dengan mak aku. Aku nak tengok sapa yang berani kurang ajar dengan dia memang kena dengan aku. Aku cukup kesian dengan dia. Orang buat macam mana pun dia sabar aje.
Benda macam ni berterusan hinggalah arwah atuk aku meninggal. Masa dia meninggal mak aku uruskan semua. Dari hospital sampai ke lubang kubur. Kalau pasal duit semua mak aku hulurkan dulu bagi siap cepat.  Aku rasa diorang baru sedar dengan apa yang diorang buat kat mak aku selama ni. Keadaan jadi elok la lepas tu. Tapi bagi aku tak. Aku ni pendendam. Aku memang tak boleh maafkan apa yang diorang buat kat mak aku.Amik masa 4-5 tahun lepas tu baru aku rasa ok dah hilang perasaan benci dan dendam aku. Sekarang aku dah OK tapi masih berjaga-jaga takut terjadi lagi.

Mak Mertua aku

Pada masa adik ipar aku nak kahwin tahun lepas, lebih kurang benda yang sama jadi kat mak mertua aku. DIa dipulaukan, bukan sebab duit tapi sebab lain. Mak mertua aku dikutuk, dihina, dituduh macam-macam. Dikatakan dah berubah, lupa diri, tak kenang jasa.. Mak mertua aku ni orang kampung,tak bekerja nak sombong apanya. Dia bukan orang yang berharta dan macam-macam. Dia takde apa-apa.  Aku pun tak paham kenapa orang sanggup buat macam tu kat dia,lebih-lebih lagi darah daging sendiri. Masa adik ipar aku nak berkahwin, siap semua adik beradik pakat tak nak datang. Sapa yang tak sedih kalau adik beradik sendiri boikot majlis kahwin yang dia buat. Mak mertua aku ni jenis sentimental sikit. Jadi banyak kali juga di menangis. Ada kadang-kadang disebut nama orang yang boikot dia tu, dia terus bersedih. Sampai aku dah sound kuat-kuat dalam rumah tu, jangan disebut-sebut nama adik beradik dia depan mak mertua aku sebab aku tak nak dia sedih.  Mana boleh anak kau nak kahwin tapi kau berendam air mata.
Aku cakap dalam hati aku benda yang sama pada masa tu, sapa cuba buat hal dengan mak mertua aku pada time anak dia bersanding nanti memang aku tumbuk. Aku memang dah nekad.  Hari bersanding memang aku cukup duduk dekat dengan mak aku. Takut ada sapa-sapa yang nak sakitkan hati dia. Alhamdulillah takda jadi benda macam tu.
Dan sekarang biras aku tu pun nak bersalin dah. Lebih kurang 2-3 bulan lepas adik beradik dia dengan mak mertua aku pun dah kembali normal.
Tapi bagi aku tak. Bagi aku tak semudah tu. Ya, aku ni menantu aje tapi nak berbaik balik bagi aku akan mengambil banyak masa. Konfem bertahun- tahun. Hati aku masih berbekas lagi.

Aku

Aku boleh katakan yang sifat aku yang protective ni adalah disebabkan aku ni abang sulung. Bila di sebelah isteri pun aku berpangkat abang sulung.  Naluri aku memang kuat untuk protect keluarga terdekat aku. Bagi aku whatever happens the nucleus http://www.blogger.com/img/blank.giffamily must stick together. Itu paling penting.  Buat kawan aku yang pengecut tak berani guna nama,letak id ANON yang kutuk aku dulu, kau tak pernah rasa macam mana aku rasa. Kau bukan abang sulung. Kau sentiasa ada orang yang bantu kau dalam keluarga. Mak kau tak pernah kena macam mana mak dan mak mertua aku kena.  Kau tak pernah nampak mak kau menangis macam mak aku dan mak mertua aku menangis.  Satu lagi kalau kau nak kutuk aku. Sila kutuk. Aku tak kisah. Sila sms, kol,fb,tweet, emel, datang ofis, datang rumah. Kalau kau miskin takda duit nak datang  bagitau. Aku datang jumpa kau. Tapi jangan jadi PUSSY sorok nama. Bagi aku baik kau mati dari jadi pengecut.

p.s. : aku tulis benda ni dah lama time adik ipar aku kahwin tahun lepas. Hari ni baru aku tergerak nak post setelah lama berhabuk dalam draft aku. Aku ada edit-edit sikit dalam part mak dan mak mertu aku nak bagi kene dengan tahun 2011 ni.

3 comments:

WonderWoman said...

manusia memang camtu, die tak penah kene so die berani la kutuk+gelakkan situasi orang lain. buat tak tau aje, lagi kite respon lagi die seronok. life is round, dan Tuhan tu adil.. sehebat mane orang tu rasa eventually die akan jatuh jugak.

kejora said...

same things happened to my mom zmn sy kecik2 dulu..now semua yg mengutuk+mengeji, dtg rumah malam2 marah2 dan maki hamun mak semua dh jd mcm belangkas kt mak, tengok semua anak2 mak yg 10 org ni stick together, sedangkan anak2 diorg yang sekerat dua pon berantakan..now sikit2 mintak tlg mak..what u give, u get back!

Z!eMr3j@B said...

aku rasa apa yg mak ko rasa,aku pun kdg2 kena pulau ngan adik beradik aku sendiri.Diorg kata aku berat belah suami aku..ntahla,sedey bila mak aku sendiri kdg2 tak paham keadaan aku.