7.6.11

Camp

Ingin aku umumkan bahawa  aku akan ber camping selama seminggu di tempat yang tidak diketahui atas sebab-sebab tententu(konon2 la top secret) sebagai salah satu syarat disahkan dalam perkhidmatan. Aku  tak kisah pun kalau kena duduk hutan seminggu sebab dulu dah biasa. Walaupun dah biasa tu dalam 3-4 tahun lepas, tapi aku rasa ok kot. Tapi yang aku tak suka kalau duduk hutan dalam seminggu ni, perangai jadi lain sket. Dulu time masuk hutan seminggu, seminggu la tak mandi, baju seluar memang confirm tak tukar. Lepas makan tak basuh tangan. Jilat jari bersih-bersih. Lepas tu lap kat rambut bagi kering. Sebab tu rambut aku lebat berseri sbb dapat zat-zat dari makanan. Ini semua sebab kes nak jimat air. Perut ni pulak kadang-kadang tau duduk dalam hutan tak nak teruskan proses penyahtinjaan. Dia  terus simpan stok seminggu. Bila simpan seminggu jadi bloated. Seksa bila bloated nih. Bila balik rumah bagi simpanan dilaburkan.
Aku boleh simpulkan dalam hutan perangai jadi macam pengotor sket. Amat tak hygenic.  Biasa la time muda-muda perangai macam syaitan sket. Sebab tu orang kata cerita di hutan jangan bawa keluar.

2 comments:

WonderMama said...

dah confirm ke date?

No Surprises said...

yep. 18-24 jun,surat dah keluar tarikh smlm,so tunggu je nak sampai kat tgn