15.6.11

Untung Atas Angin

Di negara ini adalah menjadi satu norma bagi mengambil untung atas angin.  Kat negara lain aku tak tau sebab aku tak pernah kerja di luar negara. Jadi banyak ketirisan wang ringgit berlaku dan budget sentiasa burst setiap tahun. Sebab itu terjadi perkara-perkara yang kelihatan tak masuk akan seperti MOTOUR membelanjakan RM1.8 juta  untuk upah private sector urus Fan page di FB. Perjanjian selamat 3 tahun bersamaan RM50 ribu sebulan. Keje tiap2 hari main FB boleh dapat RM50 ribu sebulan
Bukan setakat di kerajaan sahaja berlaku benda ini. Di swasta turut berlaku. Semasa di kilang kicap dulu aku pernah tahu berlaku, tapi aku diamkan sebab aku kuli sahaja di sana.
Aku malas nak cerita tempat lain, aku nak cerita apa yang berlaku di tempat aku sahaja. Ada seorang broker ni nak jual service utk satu sistem penilaian di mana dia  akan charge sbg contoh RM5 ribu seorang. Tapi bukan broker ni yang buat sistem penilaian tersebut. Dia upah orang dari luar negara untuk buat. Bila di semak orang luar negara itu menawarkan harga yang lebih murah sebagai contoh RM3 ribu seorang dengan service yang sama. So jika kita berurusan dengan broker tersebut, free2 broker tu dapat RM ribu. Itu keuntungan atas angin. Ini baru duit kecik-kecik. Main ribu-ribu aje. Macammane kalau libatkan beratus ribu, berjuta juta.
Jadi keputusan akhir dari proses ini, bos aku yang bijak menolak untuk berurusan dengan broker tersebut dan merancang untuk berurusan secara terus dengan  expariate tu.
So di sini,  agak-agaknya dah berapa lama business macam ni dijalankan di negara kita? 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 25 tahun?
Sebab tu di sini yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

No comments: