27.7.11

The Service

Bila aku start join the service,ada satu code of conduct yang kita kene ikut. Code of conduct tu mungkin akan menunjukkan kita macam poyo tapi terpaksa kita ikut. Code of conduct ni kadang kala bukan sifat diri kita yang sebenar. Atas dasar service, kita terpaksa berkelakuan seperti yang telah ditetapkan. Setiap hari adalah umpama sebuah cerita di mana kita adalah pelakonnya. Yang bezanya cerita ini dengan cerita di kaca tv adalah cerita ini amat panjang dan tiada pengakhirannya.
Bagi aku benda macam ni adalah satu paksaan di mana kita terpaksa berkelakuan seperti orang lain. Menjadi bukan diri sendiri. Hidup kadang kala dalam kepura-puraan. Kita dinilai bukan sahaja semasa kerja,malah di luar tempat kerja.
Benda yang aku rasa rugi bila join the service adalah tidak mampu rambut panjang. Menyikat rambut adalah satu benda yang melecehkan setiap pagi. Rambut yang panjang adalah satu kebebasan. Kadang kala rindu keadaan kilang kicap dahulu. Tapi bak kata isteri 'benda yang lepas jangan dikenang'.

No comments: