16.8.11

Agama dan Politik

Beberapa tahun yang kebelakangan, ada satu larangan menggunakan pembesar suara di masjid terlalu kuat di Kuala Lumpur. Larangan ini disebabkan volume speaker dibuka terlalu kuat sehingga menggangu orang lain terutama yang beragama bukan Islam.Ketika itu Kuala Lumpur masih di bawah Barisan Nasional. Isu tersebut menjadi bahan politik PAS. Pelbagai bantahan dibuat,tuduh menuduh dan cuba mengapi-ngapikan sentimen 'siapa paling Islam' antara 2 parti ini. Pada masa itu UMNO dikatakan tunduk kepada MCA dan MIC.
Minggu lepas isu yang lebih kurang sama terjadi semula. Terjadi di Pulau Pinang. Negeri yang diperintah DAP. Tanpa memahami isu lebih lanjut, serangan terus dilakukan atas pelbagai sebab dan alasan. Muncul pelbagai pejuang-pejuang Islam unggul yang seperti biasa cuba menjadi 'paling Islam dari yang lain. Kali ini pula PAS dikatakan menjual Islam dan tunduk kepada DAP.
Senario yang sama cuma dipusingkan sahaja mangsa dan pemangsannya.
Bagi aku mudah sahaja, Islam jangan sekali-kali kita kaitkan dengan politik. Politik itu kotor. Kotor pada pemainnya Kotor pada permainannya. Islam suci, bersih dan indah. Cukup di sini sahaja permainan politik berkaitan Islam ini.Sudah cukuplah kita menjadi bahan jenaka agama-agama lain. Kadang kala aku malu menerangkan kepada yang bukan Islam tentang perkara-perkara sebegini.

No comments: