19.8.11

Makcik Sitt Al Wuzara

Aku rasa dah banyak orang yang sedia maklum dengan isu ni. Dan sedia
maklum dengan identiti yang dikatakan orang sebenar disebalik nama
ini. Banyak juga yang tahu bahawa orang yang salah telah difitnah
sebagai individu tersebut.
Dari masalah ini, apa yang kita dapat belajar?
Sebenarnya kita dah terikut-ikut dengan parti politik menggunakan
media baru. Parti ini tidak kira penyokong atau pembangkang
menggunakan apa sahaja cara yang boleh dimedia baru ini untuk
menjatuhkan seteru politik mereka.
Inilah yang dipanggil sebagai CHARACTER ASSASINATION!.
Peribadi individu cuba dijatuhkan dengan apa jua cara.
Seperti yang dikatakan obifiend, berapa ramai yang meminta maaf
terutama selepas blog post mereka yang dikopipes dari blog lain
menjadi viral dinternet itu telah salah maklumat dan informasinya.
Aku tak kenal perempuan tu dan tak boleh nak bayangkan apa yang dia
rasa. Dicaci,dimaki diugut atas sesuatu yang tidak dilakukan olehnya.
Pernahkan anda mendengar frasa ini ' fitnah itu lebih tajam dalam
sebilah pedang' ?
How you ever wonder what kind of human we are when we believe all the
fitnah without doing any investigation ourselves?
How you wonder what our life will be for the rest of our life if the
same thing hapenned to the women happend to us?
And is this the kind of person you want to be in this short living life?

No comments: