3.8.11

Nafsu Membeli

2 dua hari berbuka puasa. Cuba bayangkan berapa banyak dah kita berbelanja. Dah berapa ringgit kita habiskan di pasar ramadhan sejak 2 hari ini? Adakah kita berbelanja dengan cara yang sama pada bulan lain? Kenapa kita kene berbuka dengan memakan kuih yang belum tentu sedapnya sedangkan bulan lain kuih pun kita tak pandang? Kenapa kita kene berbuka puasa dengan berjenis-jenis makanan? Adakah kita boleh mati jika tidak berbuat demikian? Adakah otak boleh mengalami kecacatan jika tidak makan berjenis-jenis makanan selepas seharian berpuasa? Kenapa kita membeli benda yang senang didapati walau di bulan selain ramadhan? Ada sesiapa di sini boleh bagitau satu makanan yang tak mungkin kita jumpa selain di bulan ramadhan. Makanan yang impossible ada selain bulan ramadhan dan menjadi satu kerugian bagi kita jika tak membelinya.
Manusia memang suka membazir,mengikut hawa nafsu. Membeli atas dasar selera anak tekak yang beralasan sudah 1 hari berpuasa. Bagi aku manusia yang suka membazir ni tidak layak memberi komen-komen seperti gaji kecik,duit tak cukup,harga barang mahal,petrol mahal,kerajaan tak kontrol harga barangan jika diri sendiri tidak berubah. Anda MEMBAZIR tapi anda menyalahkan orang lain atas masalah anda.
Jadi di mana kita di sini. Anda seorang yang membazir atau seorang yang berbelanja dengan bijak? Fikir-fikirkan.

2 comments:

Erna said...

wah..ada label 'feel' sekarang..dulu 'emo' je kan..

NO SUPrises said...

sejak dulu ada label feel. xcaya cuba tekan kat label feel tu