7.8.11

Persoalan Hari Ini 5

Berapa ramai di sini yang masih ingat rukun negara? Jika disoal secara berdepan boleh membacakan rukun negara tanpa sebarang kesilapan. Aku sendiri kadang kala ada masalah untuk mengingati rukun negara ini. Semasa persekolahan dari darkah 1 hingga tingkatan 5 rukun negara akan dilaungkan setiap hari Isnin semasa perhimpunan di sekolah. Aku berpendapat sudah masanya perbuatan tersebut diteruskan walau sudah bekerja. Rukun negara kena sentiasa dipaparkan di semua bentuk media setiap masa. Bagi penjawat awam,bukan sahaja ikrar perkhidmatan awam perlu di baca malah rukun negara sepatutnya diucapkan. Rukun negara bagi aku adalah satu medium yang hebat untuk membina negara terutama dengan pergolakan politik yang amat menjijikkan sekarang ini.

No comments: