3.9.11

Tips Untuk Bakal IbuBapa atau yang sudah Menjadi Bapa

Aku tak pasti jika mereka semua dah tahu benda ni tapi jika nak beli susu formula dan juga lampin pakai buang anak sila beli pada 1 minggu sebelum atau pada minggu sebelum pekerja kerajaan dapat gaji. Pasti akan murah gila-gila. Jika setin susu dapat penjimatan RM10, 3 tin boleh save RM30( bagi merujuk kes Ammar). Lampin pakai buang pun sama. Hampir Rm10 penjimatan jika beli masa tu. Jadi rajin-rajin jenguk pasar raya besar pada masa-masa sebegini Lagi satu setiap Jumaat rajin-rajin baca surat khabar. Selalunya akhbar The Star, Berita Harian atau Harian Metro. Pasti ada iklan barang-barang keperluan yang murah. Mana tau ada susu formula dan lampin pakai buang yang dijual murah. Jadi pada semua bakal ibubapa atau telah jadi ibubapa yang belum tau benda ni boleh amal-amalkan. Pada yang dah tau, sebar-sebarkan pada kawan-kawan. Sama-sam membantu untuk kurangkan kos sara hidup yang makin melambung tinggi.

No comments: