21.10.11

AMMAR HASIF 2 TAHUN !

18 Oktober check up Ammar kat Hospital Tunku Jaafar. Check up yang sentiasa kene buat dengan doktor pakar setiap enam bulan. Apa yang merisaukan Doktor addalah Ammar masih belum boleh bercakap pada umur 2 tahun. Sebenarnya ramai juga yang tak boleh bercakap pada umur 2 tahun contohnya Isteri aku bercakap pada umur 3 tahun. Tapi untuk Ammar kesnya lain sikit disebabkan di ada masalah hematoma masa lahir. Walaupun dulu hematoma tu dah dimaklumkan tak kan ganggu tumbesaran dia, tapi Dr masih nak ambil langkah berjaga-jaga. Jadi 4 bulan lagi Dr nak berjumpa lagi sekali. Jika masih tak boleh bercakap pasti akan akan ke Speech Therapy. Sebab-sebab lain yang merisaukan Dr adalah kosa kata nya pada umur 2 tahun tak mencukupi 20 perkataan. Ammar juga tak pandai nak tunjuk anggota badan bila suruh ditunjukkan di patung. Jika di badan sendiri dia tau. Mungkin kemahiran mengaplikasinya masih kurang. Aku tak risau dengan kemampuan Ammar becakap cuma concern Dr tu aku kena ambil maklum dan usaha lebih sikit nak bagi dia bercakap.

Jadi sejak check up tu, aku terpaksa ubah sedikit cara aku dengan dia. Kena kurangkan main dan galakkan bercakap. Tunjukkan flash card. Poster-poster huruf,nombor,jawi, tubuh badan dan haiwan yang aku kena tampal kena tunjuk selalu. Buku- buku yang aku banyak beli untuk dia dulu kena bukak balik. Kena elakkan dia dari guna bahasa isyarat bila berkomunikasi, sebab dia ada bahasa isyarat, bunyi untuk benda-benda yang dia nak. It will be a tough process but the result will be satisfiying.

Yang kelakarnya isteri aku kata perancangan anak kedua yang diluluskan masa perbentangan bajet 2012 lepas terpaksa ditangguhkan sehingga Ammar pandai bercakap. Sekarang ni masa utk projek LINUS.Literasi dan Numerasi katanya. Sesiapa yang jadi cikgu faham la dengan benda ni.
Hari ini 21 Oktober 2011. Ammar Hasif sudah berumur 2 tahun. Malam tadi dia hanya tido jam 1 pagi. Nak suruh aku wish birthday agaknya. Lepas nyanyi lagu hari jadi, peluk, cium baru tergolek-golek nak tidur.

Ammar Hasif adalah antara perkara ke 2 yang aku takkan tukarkan untuk apa sahaja di dunia ini.

No comments: