Dalam usaha untuk menurunkan berat badan aku mula jogging. Mula-mula saja nak test sports-tracker.Larian pertama sejak 4 bulan lepas memberikan jarak 4.8km. Aku langsung tak sangka boleh pergi sejauh tu. Aku tak berani nak jogging sebenarnya disebabkan lutut kiri ada masalah sikit. Tak boleh heavy duty use kata orang. Jogging is a BIG NO. Entah kenapa hari tu ok pulak.
Esoknya aku cuba lagi, dapat 3.6km. Lutut kiri masih ok. Jadi untuk 6 hari berikutnya aku berlari. Lutut masih ok. Jarak paling jauh hanya 8km.Itu pun dah separuh nafas nak sampai rumah.
Jadi aku rasa memang boleh lutut kiri ni. Terus aku saja-saja google program larian yang ada dalam jangka masa terdekat dan aku terjumpa ini. MMU Rakan Muda Run hanya 10.43 KM pada
17 Disember ni. Aku angkat telefon call organizer dan kemudian register online. Tanpa fikir panjang. Sebab pada aku kalau aku tak terus buat macam ni, aku yakin nanti minat nak berlari tu hilang macam tu aje. Jadi dengan prepare masuk program ni aku akan terus kena berlari atau berbasikal untuk turunkan berat badan.
Matlamat adalah nak turunkan lagi 5kg sebelum hujung tahun dan kekalkan fitness untuk diploma 6 bulan yang mungkin dipanggil pertengahan tahun depan.
Tapi benda yang paling seronok sejak aku mula jogging ni adalah dapat convince isteri aku untuk join sekali. Walaupun dia tak jogging, hanya jalan laju di belakang aku sekurang-kurangnya ada juga senaman. Sambil bersenam dapat juga masa berkualiti bersama.
2 comments:
lutut problem tu kata org terlebih kejantanan..ngeh ngeh..
lutut kiri injured sejak tahun 2003. Jatuh atas kayu balak yang tumbang melintak trek masa program Trans TitiWangsa dulu
Post a Comment