21.12.11

MMU Rakan Muda Run : Race Day

Sabtu lepas 17 Disember 2011 merupakan satu sejarah, sebab kali pertama masuk pertandingan larian. Disebabkan memenangi sekurang-kurangnya no 3 itu sudah pasti MUSTAHIL, target hanya nak pastikan dapat habiskan 10km ni dalam masa yang ditetapkan.

Malam sebelum tu atas sebab bersemangat, aku pegi beli kasut baru sebab yang lama tapak nak tercabut.  Jumpa la yang murah.


abaikan tikar upin dan ipin tu

Malam aku tidur seorang kat Putrajaya disebabkan isteri aku dah balik Nilai esoknya ada program sekolah. Malam tu tidur lewat pukul 12.30 penangan nescafe waktu petang. Jam dah siap set nak bangun pukul 5 disebabkan larian untuk Puma Male Open mula jam 7 pagi.

Sekali aku tersedar jam 5.55pagi melompat atas katil, mandi koboi, keluar bilik air tengok jam rupanya aku terbangun pukul 6.55pagi. Argh....mampus konfem lambat.



Aku gagahkan juga pegi, berlari ke kereta, merempit laju dari Putrajaya ke MMU. Sampai MMU dah pukul 7.20pagi. Tiba-tiba nak memerut lak. Hanya start lari jam 7.27pagi. semua kategori dah lepas, lari sorang-sorang. Mula-mula cuba kejar kategori Puma Male Open tu, lepas 10 minit semput lepas sprint. Kalau terus nak kejar konfem pancit dan tak habiskan larian.

So slow down balik, maintain pacing. Teruskan berlari yang penting jangan ada berhenti. Last 2 km paling best sebab naik bukit dan dapat potong runner-runner lain yang semakin slow down. Benda ni buat mental terus semangat nak habiskan larian.

Syukur alhamdulillah  berjaya jugak habiskan dalam 1jam11 minit. Benda paling syok lepas habis tu adalah lutut kiri langsung xde rasa sakit. Berjaya tamatkan race ni buat aku rasa nak join aktiviti larian lain.
tukang bagi medal finisher dan sijil
nampak je benda ni terus tersenyum.


Bila dah finish benda yang wajib dapat adalah sijil dan finisher medal.




Disebabkan aku lari sorang aje dan tak kenal sapa-sapa kat sini. Nak suruh orang ambilkan gambar segan pulak, jadi hanya ambil gambar kat reflection kereta bila nak balik. Jadilah.

badan nampak tegap.wakakaka
baju habis basah lencun.

Seperti biasa details larian aku ada upload dalam sports-tracker. Boleh tengok di sini. Kalau pegi kat website sports-tracker tu boleh la tengok, elevation, speed semua. Kalau ada duit sikit nak beli HRM, boleh terus upload ke website sama.

SYOK!











No comments: