16.1.12

Kuala Pilah Royal MTB Jamboree 2012

2012 merupakan tahun anjakan paradigma utk aku dalam bersukan. Dari suka-suka ke sesuatu yang lebih serius. Jadi dengan sedikit ayat-ayat makan dalam kepada kawan dan sokongan moral tak terhingga dari isteri, aku dah mula join pertandingan larian. Masuk pun hanya nak pastikan dapat finisher medal aje. Nak menang jangan harap la. Badan pun macam lori terlebih muatan. Pertandingan larian setakat ni dah masuk 3, 1 tahun lepas dan 2 tahun ni.

Seterusnya merupakan kesinambungan kenapa aku berabis duit upgrade basikal, nak masuk Jamboree. Sebab aku pernah terfikir sampai bila nak kayuh atas tarmac aja. Bila nak masuk hutan, kayuh offroad. Putrajaya Challenge Park aku dah cuba 2 kali, menarik juga offroad ni cuma tempat kuang best kerana jarak pendek sangat dan trek lebih bersifat teknikal. PCP ni lebih sesuai untuk orang yang minat layan downhill.

Jadi untuk pemanas badan, group aku  spirit team cycle dah sepakat nak masuk Kuala Pilah Royal MTB Jamboree 2012. Tarikh 28 Januari 2012. Lokasi : Kuala Pilah. 4 orang dah register dan sekarang dalam proses nak bakar line supaya lagi 4 orang ahli group join sekali. Bila dah ramai join, datang pun dengan jersi yang sama baru semangat dia lebih. Bayaran pun tak mahal hanya RM30 untuk yuran penyertaan setiap seorang.  Siap ada orang post kat FB lagi gambar track utk  jamboree tu. Kalau tengok gambar macam boleh setelkan. Haha riak tak agak. Buat lak kat Kuala Pilah, kat kampung isteri aku, dekat aje. Kalau dari Nilai, paling lambat pun sejam dah sampai.Moga ini merupakan permulaan bagi Jamboree yang lebih banyak pada masa akan datang.

No comments: